Posts

Showing posts from 2010

SOS Bahagian 3 (Ebi sayang mak~)

Image
Maka kami kembalikan Musa kepada ibunya, supaya senang hatinya dan tidak berduka cita dan supaya ia mengetahui bahwa janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. (28:13) Dengan nama Allah yang denganNya terjadilah sesuatu dan dengan kekuasaanNya jugalah, terhalangnya sesuatu.... ----------------------------------------------------------------------------------------- budak perempuan itu tekad untuk kembali semula ke rumah dan menyelinap masuk ke dalam bilik tanpa pengetahuan si ibu. satu...dua...tiga... berlari dan masuk ke dalam bilik... 'beg....mana beg....?' budak perempuan itu mencari-cari beg sekolahnya.... 'erm...tak yah lah....bawak je lah sume baju nie...nak pakai senang...' jernihnya pemikiran si kecil, mahu melarikan diri, tapi umpama berpindah rumah... budak perempuan itu membawa bakul bajunya secara senyap-senyap. Kudrat yang tidak seberapa digunakan sebaik mungkin..... biar...biarlah memakan masa......bakul yang besar dihuru

Bertatih ke Melatah?????

Image
Allah akhbar... Astaghfirullahalazim....astaghfirullahalazim.....astaghfirullahalazim..... seperti orang yang kuat melatah, baru cuit sikit, sampai bersilat di tengah laman (nie nak tunjuk hiperbola jer, ^__^) ehem...ehem...ye, entry kali ini untuk aku, engkau dan dia yang masih pening-pening kepala memikirkan apalah yang patut dijadikan...... korban?erm tak sesuai perkataan tue.... hadiah?tidak, sesuatu itu sememangnya bukan setakat hadiah, lebih BESAR daripada itu.... tarbiyah? tarbiyah????? YES.........tepat sekali.... tarbiyah buat diri..yang mendakwa seorang da'ie...yang sedang berusaha untuk tidak 'terturas' daripada jalan yang mulia ini... memang rasa sedang diuji, Ya Allah, lemahnya hambamu ini.... aku sangat yakin, kerana aku juga termasuk dalam kalangan golongan itu. Golongan yang mendakwa diri tertampar, dilempang, disepak, mahupun diterajang(ops...maaf perkataan yang digunakan terlalu extreme kurasa.....maaf..) usai jaulah syitawiyyah baru-baru ini..... haa....d

"...bukan Tuanku yang membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.." ~Syeikh Syamsuddin Al Wali (bahagian 4)

Image
27 January 2010 (Rabu) Manis dan indahnya apabila kita dapat merasakan kepekatan ukhwah. Moga menjadi pendorong buat sisters kesayanganku untuk mencapainya insyaAllah. Kepingin untuk aku berkongsi harapan-harapan besar mereka, moga menjadi suatu doa, dan motivasi buat akhowat sefikrah. “untuk mencapai UA(ustazyatul alam) dirasakan jauh, berharap moga diri ini tidak terturas sehingga ke akhirnya” “biar dengan terputusnya nyawa daripada badan ini dalam keadaan syahid di jalan Allah insyaAllah” Teringat aku akan besarnya juga semangat Abu Ayyub al-Ansari. Seorang Ansar, sahabat Rasulullah SAW yang diberikan ujian dipanjangkan umur sehingga 81 tahun. Jika dahulu, makan anginku bercuti ke tempat orang sememangnya diisi dengan angin dan kekosongan hati dan akal, tidak selesa benar aku kiranya tabiat itu berkekalan. Pulih kembali hati dan akal yang kekurangan nutrisi ruhiyyah ini dngan pemahaman sirah-sirah nabawiyah. Ketika saat Rasulullah SAW sampai ke Madinah , sebelum siapnya kediaman bag

"...bukan Tuanku yang membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.." ~Syeikh Syamsuddin Al Wali (bahagian 3)

Image
26 Januari 2010 (Selasa) Aya Sophia “Mari kita bersihkan gereja Aya Sophia kerana ia bakal dijadikan masjid,” ~Sultan Muhammad al-Fateh Hari kedua, sememangnya menyajikan seribu kelainan. Mana tidaknya, jika semalam kami berperang menahan kesejukan salji dan angin yang cukup membuatkan semua menggigil, hari ini umpama berziarah dalm 2 musim yang berbeza. Semalam musim sejuk, hari ini umpama musim panas, menjelang tengahari, hampir kesemua salji sudah mencair, Subhanallah…. Lokasi pertama, Istanbul Archaelogy Museum . Menariknya mengenai muzium ini, dalam satu kawasan, ia terbahagi kepada beberapa seksyen, bahagian perkembangan tamadun, dari tamadun Mesopotamia, logam etc, bahagian muzium keislaman, artifak-artifak dll. Akibat kebosanan dan keletihan ketika melewati seksyen yang banyak mempamerkan statue yang pelik-pelik (Alexander the great, tuhan-tuhan air, awan etc, patung Athene dengan kepala Medusa), kami hanya berjalan-jalan melepasinya sahaja, sekadar mahu memanfaatkan 20Lira t

"...bukan Tuanku yang membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.." ~Syeikh Syamsuddin Al Wali (bahagian 2)

Image
25 Januari 2010 (Isnin) “ Saya tidak bercadang membina istana lebih cantik dari Masjid Aya Sophia. Cuma saya impikan sebuah kediaman yang boleh membuatkan saya berasa tenang dan sering mengingati Tuhan” ~Sultan Muhammad al-Fateh , Penakhluk Konstantinopel Taklimat ringkas malam semalam, berjaya member sedikit sebanyakgambaran perjalanan perancangan ziarah di Bandar Istanbul. Memandangkan tiada pemandu pelancong yang diminta perkhidmatannya, kami sendiri yang telah diberi tugasan untuk mengkaji setiap tempat yang ditugaskan dan bertindak menjadi pemandu dalam kalanagan kami bagi setiap tempat. Plan ziarah: 25 Januari 2010:Topkapi Palace, Basilica Cistern, blue mosque, yeni mosque, spice bazaar 26 Januari 2010: museum archeology, aya sophia,museum mosaic,museum of islamic art, grand bazaar 27 Januari 2010: eyub, fatih mosque, otw byzantine square 28 Januari 2010: panorama museum,galata tower, museum military 29 Januari 2010: dolmabache, military museum, panorama museum Malam sebelum ber

"...bukan Tuanku yang membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.." ~Syeikh Syamsuddin Al Wali

Image
'Dia adalah sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik askar adalah askarnya dan sebaik-baik rakyat adalah rakyatnya' Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) berita Al Quran setelah beberapa waktu lagi (38:88) Dengan nama Allah yang MAha Pemurah lagi Maha pengasihani. Selawat dan salam buat junjungan mulia, kekasihNya Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat dan para pendokong dakwah ini. Tidak tahu kata-kata yang patut dilontarkan dahulu memandangkan pemikiran masih tumpul dek karat lama tidak mengarang. Tapi, keinginan untuk berkongsi biar walau sedikit agar segala hidayah, peluang dan pengalaman dapat dikongsi buat semua sedikit demi sedikit menambahligatkan jari-jemari menari-menari di atas pentas aksara. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…. Turki, merupakan destinasi pilihan kami sebelum menghadirkan diri ke jaulah di Perancis. Kedudukannya yang terletak di barat daya Russia hanya memakan masa dalam 2 jam untuk sampai ke Bandar Istanbul. Penerbangan menggunak

SOS Bahagian 2

Image
Alhamdulillah....alhamdulillah...alhamdulillah.. segala puji hanya kepadaNya, Pentadbir, Penguasa, dan Pencipta sekaliannya, selawat dan salam buat kekasih Allah, Muhammad SAW.... sob...sob...budak perempuan itu mula menangis....dia hanya mampu memandang ke arah pintu, untuk membuka pintu tersebut huhuhu.. na mungkin di luar pintu, si ibu masih setia menunggu pintu bilik dibuka. Sambil tangan kiri mencekak pinggang, tangan kanan masih mengetuk..... "adik.....bukak pintu nie.....cepat bukak...ibu kira sampai 3 jer....1.....2....ti.. krek.... kunci pintu dibuka dari dalam...... budak perempuan itu hanya mampu mendiamkan diri dan merenung ke lantai...dia sudah bersedia....bila-bila masa sahaja langkah seribu akan diambil... ibunya hanya melihat sahaja, dan di saat si ibu melangkah masuk ke dalam bilik, budak perempuan itu pun meluru keluar..... cabut........................ budak perempuan itu berlari seperti sudah tidak cukup tanah untuk berpijak. Di sangka hanger di tangan ibu untu

SOS

Image
SOS???? Dengan nama Allah Tuhan sekalian alam, Dia yang tidak tidur, terus menerus menguruskan makhluk-makhlukNya. Teringat suatu ketika, pertanyaan yang pernah kulemparkan kepada salah seorang seniorku. "Macam mana ye, boleh membahagikan masa untuk mengarang dan belajar?" ini jawapannya, "Mengarang tue, sambilan je, ada masa buatlah, kalau tetiba idea datang...." owh.....aku mengiayakan saja.. dan kini, aku yang terkena tempiasnya, dengan keadaan yang sepatutnya aku sibuk mengulangkaji, boleh pula aku menaip sekarang ^__^ ini ada suatu kisah, kisah benar katanya dan sepatutnya.... kisah seorang budak perempuan yang sukakan sos, dalam lingkungan 6 tahun... cukuplah, dia dan ibunya yang menjadi pelakon dalam kisah ini.... al-kisah, suatu hari, selesai membersihkan diri, budak perempuan itu terus ke dapur untuk bersarapan.... "wah...roti telur, bestnyer kalau dapat makan dengan sos...haa....sos, mane sos,...." pantas tangan budak perepuan itu membuka peti ai

kamu patut ke sana~

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan juga yang paling kita kerap kali lupa...siksaNya juga amat pedih..... kamu patut ke sana.... kamu patut ke sana.... kamu patut ke sana.... usai makan malam (jzkk yana n diba ^__^)....terasa ingin melihat-lihat link sahabat-sahabat di ym...... owh..youtube... tak berfungsi google chrome nie.... internet explorer kutekan... geramnya hanya Allah yang tahu..... aku memang tak pernah ke sana..... tapi kamu...kamu... juga tak pernah ke sana...... mengapa mesti dihambur kata-kata begitu? mungkin kamu puas barangkali..... muslim bla...bla.. they are..bla..bla... kamu lupa barangkali...... kami semakin bertambah.... kamu juga mungkin terlena..... kami semakin tabah, mereka yang di sana makin mengorak langkah... tak pernah kalah... nampaknya kamu yang semakin gundah.... kamu memang patut ke sana..... 1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan 2. dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong

Ye...ye...dapat 5 ringgit~

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat. Pagi nie, memandangkan waktu subuh yang semakin awal, memaksa aku untuk bangun awal daripada kebiasaan....tik....tok...tik...tok...tik....tok... okeyh, baca Quran dulu.....(al-Qasas:1-28) bismillahirrahmanirrahim................... "tahniah, ambil nie sebagai hadiah" kata ustazku sambil menghulur RM5 hehehe...malu-malu kucing, aku sambut juga huluran ustaz. Masakan tidak, kalau nak dibandingkan dengan belanja sekolah aku, huish, RM5 nie, hampir 10 kali ganda lagi besar.....^__^ itu cerita 9 tahun ..eh jap..jap..10 tahun lepas (adey,,,x biasa lagi diri nie dah tue (^_"), sekarang...sekarang? 50 sen belanja? haih, jangan mimpi la nak dapat nasi lemak 2 pinggan...air pon belum tentu lagi....bahagianye lah dulu, makanan kantin murah, jajan murah...duit dapat tiap-tiap hari....:)) teringat satu peristiwa nie, memandangkan