Posts

Showing posts from July, 2009

Diari 2

Alhamdulillah gembira sangat kerana hari ini aku berkesempatan untuk keluar bersama-sama dengan bekas rakan-rakan sekolahku. Nak katakan reunion, tak juga sebab hanya kami bertiga yang berkumpul. Rindu dan teruja tak perlu digambarkan lagi, setahun lamanya kami tidak bersama-sama sejak pertemuan terakhir kami. Aku menaiki bas untuk ke pekan. Secara kebetulan, bas yang aku naiki pada hari ini sama seperti hari semalam. Erm, patutlah, waktu aku keluar hari ini hampir sama. Teringat aku akan peristiwa semalam, pemandu dan kondukter bas tersebut merupakan india , seperti bas-bas lain, bas tersebut akan berhenti untuk menurun atau mengambil penumpang. Aku kira hampir tiga perempat perjalanan, bas tersebut berhenti untuk mengambil penumpang. Aku yang sememangnya lebih gemar untuk duduk di tempat duduk hadapan dapat melihat dan mendengar setiap apa yang kedua-dua mereka bualkan, cuma aku tak faham sahaja apa yang mereka bualkan ^__^. Baru aku sedar, hentian kali ini lebih lama daripada bia

my diary..and not yours

Diari 1 “siapa tue? Adik?” Tanya mak cik di sebelahku “a’ah, adik” aku mengiakan. Suasana di ruangan menunggu itu benar-benar menyesakkan fikiranku. Mahu sahaja aku bergegas keluar meninggalkan bangunan yang penuh dengan bau ubat-ubatan itu. Keb encianku terhadap suasana hospital benar-benar tidak melambangan statusku sebagai seorang pelajar perubatan. “argh..pedulikanlah….pencuci tandaspun tidak menyukai bau najis walaupun mereka telah bekerja untuk jangka waktu yang lama” aku bermonolog sendiri. Aku mengambil keputusan untuk melihat-lihat disekitar kawasan menunggu itu. Penat berjalan-jalan aku kembali ke tempat dudukku. “adik sakit apa?”ramah mak cik yang duduk di sebelahku bertanya. Terserlah keinginannya untuk mengajakku berbalas cakap semntalahan dia juga sedang menunggu anaknya. “dia tak berapa sihat sikit” aku menyumpah dalam diri, mengapalah aku boleh mengeluarkan jawapan yang sebodoh itu, masakan orang sihat mahu ke hospital dan menjalani pemeriksaan kesihatan.