Tuesday, March 1, 2016

AWAK, LAMANYA HOUSEMAN!!


Part 2.0

"Bell, jom movie hari nie...sya postcall. Ko off kan?" cadang aku.

Macam biasa, apabila berada diposting ED, postcall shift tue sudah dikira nikmat terindah.. Habis pukul 10 pagi selepas night shift dan keesokannya jika afternoon shift masuk pukul 10 pagi. Paling best bila tak perlu review patient pagi-pagi.hehe

"boleh jugak..breakfast dulu ok, kau drive"
"cess... Aku postcall kot. Okey-okey fine...aku drive" aku mengalah

........................................................

Bell. Antara kawan aku yang rapat sepanjang aku houseman. Ditakdirkan Allah juga untuk kami satu rumah. Sebelum dia pindah masuk rumah aku sekarang, dia duduk hostel, jadinya aku yang ada kereta nie antara driver tak rasmi dia juga.

Kalau kami keluar berdua, confirm dia akan jalan sambil pegang tangan aku. Aku nie, walaupun tak berapa nak feminin, tapi kalau orang perempuan pegang tangan aku camtu, meremang juga la bulu roma. Aku memamng dah warning awal-awal si Bell ni, pegang sikit-sikit je...kang silap haribulan memang andartu la aku sebab orang ingat aku nie lesbian pulak. Dia senyum jer.

..........................................................

"Sya...LFT aku derange  la...." adu Bell ketika kami keluar makan 3 minggu lalu. Ya aku pasti sangat...kurang daripada 1 bulan lalu.

"Awat hang amek darah tetiba?" soal aku sambil tangan lincah menyuap nasi goreng kerabu  favourite.

Bell masih tidak menjawap. Dikuis-kuisnya mee goreng di dalam pinggan lagak sepert ayam menguis pasir mencari makanan.

"Asyik on off demam la..."
Aku berhenti menyuap. 
"erm....LFT deranged....ko ada amek apa-apa supplement ke?"

Soalan biasa diatanya pada pesakit juga. Berlambak-lambak minumanlah, makananlah dengan perlbagai jenama di pasaran. Macam-macam yang dijanjikan...kurus, putih, bertenaga, makin cantik...sebut sajalah apa yang pasaran mahu, pasti ada sahaja pilihan.

"erm..lama dah aku berhenti..ambil 1 bulan je kot...maybe sebab PCM kot...aku selalu ambil every night sebab x boleh tidur...panas" telahan Bell.
"ada google x?" 

Tak sah kalau sebagai seorang doktor, pasti akan menyenaraikan differentail diagnose, tambahan pula untuk diri sendiri.

"ada.... Hepatitis, abscess, Ca...." sambung Bell
"makan pun sekarang aku tak lalu macam dulu la Sya...nak habiskan makanan..punyalah lama" adu  Bell

Aku terdiam. Macam-macam juga lah yang aku fikirkan.

"nak try tanya MO medical tak?" aku memberi cadangan.
"tengokla dulu...."
...................................................................................................................

Sya..
Bell buat ultrasound hari nie
Investigate causes hepatomegaly

Pendek mesej Bell. Cukup memberi input kepada kami sebagai pengamal perubatan tuk mentelah keadaan.

Tok... Tok...tok..
Pintu Bell aku ketuk. Niat mahu memulangkan buku-buku yang dipinjam. Lama sangat tak naik ke biliknya tuk bergosip.
Pintu dibuka daripada dalam. Tegak Bell berdiri di hadapan pintu. Riak muka biasa...tapi boleh nampak tak ceria seperti biasa.

" nah buku ko...." sambil tangan menghulur buku-buku yang entah berapa kurun dah aku pinjam..
"so, macam mana ultrasound tadi?" intro aku

Bell diam. Sedikit pon tidak menjawab. Aku tenung muka dia..dalam..sedalam rahsia yang cuba disoroknya.

"abscess ke?" duga aku
Dia masih diam. Mata kami bertembung.
"Ca?"

Bell hulurkan sampul keputusan US. Aku buka dan amati satu persatu.
Ayat-ayat itu aku amati sehingga sampai pada...

Interpretation: suggestive for liver metastasis. Suggest to find primary source

Allah.... Allahu Allah

Beristighfar aku di dalam hati beberapa kali.

Aku pandang Bell. Tepat ke dalam matanya. 
Setitik demi setitik air matanya mengalir....

Aku diam. Perlahan-lahan tangan aku mencapai bahunya. Dan kami berpelukan.
Punah dan hancur sekelip mata angan-angan. Mana tidaknya, dia lah satu-satunya teman gosip aku. Lebat bersembang tentang status yang masih bujang. Plan sana..plan sini..nak buat itu lah..nak buat ini lah...

Allah... 

Liver metastasis Sya...
What do you aspect?
Its stage 4 already..
Allah....

Terasa kerdil saat ketika itu. Beratnya Allah ujianmu pada temanku. 

We are planning..indeed YOU are the best planner

Monday, February 29, 2016

AWAK, LAMANYA HOUSEMAN !!

 PART 1.0

"Sya, jom cabut." bisik Rita sambil tangan lincah mencapai labcoat.
"Dr Tan kat mane dah?" aku bertanya sambil mengintai dicelahan pintu bilik 17 aka isolation room.

Bilik 17 dan 18 kebanyakan wad biasanya dikhaskan sabagai bilik isolasi untuk kes-kes berjangkit, MRSA , TB sebagai contohnya, ataupun bilik ala-ala first class juga bagi pesakit yang tidak lepas ke wad first class memandangkan kondisi yang serius etapi layak. Biasanya pesakit2 yang memanng ada GL la...tak pun ada 'link' dengan ornag atasan hospital. 

"Dia tengah round kat wing 'post-op' jom-jom kita lari guna pintu belakang" cadang Rita
"hah...kau tak payah nak buat muka seposen macam tue, kau nak balik awal ke nak berkurung kat sini?" tambahnya lagi
"Ala....aku takut la...berdebar kau..." macam biasa aku nie memang kategori skema aka penakut sikit, itu sebabynya aku selalu dilantik sebagai leader department. Ye lah, tak reti nak tolak tugas, permintaan ornag dan tak sampai hati nak kecewakan orang.

Oh my god Sya...come on. Ko jalan je straight, tak payah toleh-toleh ke belakang.
Pandai-pandailah kawan-kawan kau yang lain cover. 
Post call kot, sure kalau kau duduk kat wad pon tak berfungsi..balik je la...some more its weekend dear

Haha... Monolog aku boleh tahan juga. Dan alahmdulillah (eyh, bersyukur ye?) dapat jugak aku larikan diri. Berpeluh-peluh lah jugak.
............................................................................

Bagi department surgical, menjadi kelaziman pada setiap hari jumaat akan diadakan Grand Ward Round. Yup... Grand okeyh sebab hari tue, semua HO kena tahu setiap case yang ada di dalam ward, para MO akan bersama-sama ketika round, dan mereka akan pakai labcoat..kekeke
Macam zaman student, student malaysia lah tapi. Bedside teaching orang kata.
Dan seperti biasa, untuk hidup dengan penuh bergaya ketika HO, banyak skill-skill yang perlu dipelajari. Lain department, lain skill yang kena tahu.

Tips pertama:
- pastikan mereka yang berharap untuk present case tersebut berada disebelah atau berhadapan tepat dengan HOD, jadi bila ayat keramat ini keluar "whose going to present this case?" jadynya eye contact HOD akan terus tepat pada HO yang buat-buat terkejut kena present, padahal semuanya dirancang..kekeke
Dan yang paling bestnye HOD kami nie, bila ada yang tak dapat jawap soalan-soalan dia, dia sendiri akan buat bunyi nie

'krik...krik..krik.."
so, kau malu sorang-sorang la....walaupun dia tak marah. Kui..kui

Tips kedua:
- berdoalah bersungguh-sungguh untuk tidak oncall dengan MO 'kesayangan' kau. MO itu boleh jadi yang super 'jonah' (tak baik percaya..kurafat...tapi..hoho you will knew it once you start your work), yang memang kau tak suka bekerja-->tahu mengarah je, kalau memang hebat betul tak pe lah jugak, dan lain-lain

Yang bestnye pasal hari jumaat selain daripada 'grand ward round', surgical department memang tak boleh lari daripada jamuan mingguan. Memang sanggup nie, MO dan HO bersusah payah fikir menu apa nak makan untuk hari jumaat, walaupun kau postcall hari tue. ;)
Memandangkan masa aku posting surgical, aku dah 5th posting, jadinya kenalah tunjuk contoh sikit...senior dah kot. Basic-basic treatment, analisis blood investigation seharusnyalah enkau tahu.

Jadi..... Bila akak-akak SN nie noted kau macam nie...
"Dr Sya....patient bed nie...Spo2 x pick up la..bed 15 complaint sakit la...BP high la..GM high la...."

KAU TAK LAH MENGELABAH ;)

Saturday, May 7, 2011

K.I.T.A.



bismillahirahmanirrahim~

ISK (Ini Sejarah Kita)

seronok pula berteka-teki dengan adik-adik yang datang jauh dari negeri cantik rusia (baca st. pete) semalam.

'tau tak tajukkite pe rini?'
'x tau la akak..'

whiteboard dan makerpenku capai...

ISK~

'haa..ni tajuk kita harini...tau tak pe tu ISK?'
'Ini saudara kita'
'Islam Sejarah Kita?'

>_<

pungpangpungpangpungpang...

setelah puas menyembur-nyembur (baca:sampaikan ISK), sebagai penamat bahagian muqadimah, soalan aku ajukan...

Ini Sejarah Kita...

KITA nie siapa? Sejarah apa yang hendak diperkenalkan nie?

kalau KITA nie adalah perempuan, jadinya sejarah perempuankah yang ingin kita bincang dan singkapkan?erm, kalau begitu kita akan bincangkan sejarah penciptaan Hawa mungkinnya,
ataukah KITA ini adalah seorang pelajar?bla..bla..bla...subjek itu, subjek ini, nak jadi itu, nak jadi ini...sekolah itu, sekolah ini, couple itu..couple ini..opss....(maaf, kisah cinta monyet mahupun sebarang binatang tidak akan dikisarkan disini, sila klik 'X' diruang kanan penjuru atas paparan komputer anda untuk ke blog lain. Terima kasih)

habis tu, KITA nie siapa?(haiyya, bikin straight to the point la aci...
:P)

ish kamu nie, fikir la sikit, tak seronok la nak kawan dengan kamu..malas fikir, nanti cepat nyanyuk tau!! >_<


-------------------------------------------------------------------------------------------------


what is your name?
my name is Minah, M I N A H=Minah
nice to meet you, Minah. by the way, why you are here?
mmm, why you are here minah?
mmm...heee..why you are asking me that question?

are you kidding???

pernah tahu tujuan kita di sini?
haaaa...ada jawapan tak?

senarai jawapan yang boleh dipilih
A. jika ANDA adalah pelajar, mungkin jawapan anda berbunyi begini 'untuk belajar la, takkan nak melancong kot ..pfffttt
B. jika ANDA adalah perempuan, 'huhu, apa tujuan perempuan diciptakan ye? hiasan dunia mungkin?'
C. jika ANDA adalah anak kepada orang tua anda, 'mengembirakan, membalas jasa orang tua, bla..bla..'
D. jika ANDA adalah isteri kepada seseorang, mungkin ini juga jawapan anda 'jaga makan pakai suami, melahir membesarkan anak, memasak, mengemas rumah, ala..macam surirumah lain...takkan tak tahu kot?'

maaf, entry berbauf racism sedikit memandangkan penulis adalah perempuan :P

hayyomakk...takkan kita nak berada dalam kitaran tue? belajar, dapat kerja bagus, gaji tinggi beli makanan, kerja lagi utuk mencari duit untuk membeli
makanan, bila habis makanan kerja lagi untuk mencari makanan etc

dah besar, dapat kerja bagus, gaji besar, rumah besar, jaga mak ayah, beri buit tiap-tiap bulan, hantar makanan, jaga mereka bila dah tua nanti,..bla..bla...bla, apabila mereka dah tiada?

berkhidmat untuk suami, jaga makan pakai, hantar anak ke sekolah, ambil anak dari sekolah, begitulah setiap hari, sampai anak sudah besar ercucu, suami dah tiada..jadi, habislah tugasan, apa tujuan hidup lagi?

pedas...pedas...nak air sejuk? buat penyejuk tekak..nah ambil nie, panajng lagi celoteh kali nie..ahaks:P
fulamah, besarnyer gelas..tak da besar lagi kak?:P

kita masih mampu memecah kitaran-kitaran di atas, tapi dengan satu syarat lah...

kita kena kenal dulu siapa KITA yang sebenarnya..

Muslimah yang belajar dan punya tanggungjawab besar dalam masyarakat
Muslimah yang berkeluarga dan punya tanggujawab dalam rumahtangga
Muslimah yang punyai ibu bapa untuk dijaga seperti yang disuruh oleh ALLAH
Muslimah yang hidup dalam lingkungan masyarakat yang masih tidak tahu akan tujuan mereka diciptakan..

huish...besar tanggungjawab nie, ayuh..

Masih banyak kerja melasso yang perlu dilakukan ^_^

Tuesday, May 3, 2011

Kek coklat dan konco-konconya~


Sesetengah orang lebih memilih untuk merasa dan menikmati hasil air tangan masakan orang lain berbanding dirinya
Sesetengah orang walaupun masakan yang sama, resepi yang sama, malah rasa yaaaaaaang sama, tetap merasa makanan yang dimasaknya jauhhhhhhhhhhhhh lebih sedap dari orang lain
Ada orang hilang selera untuk makan apabila sudah siap memasak...puas bau kat dapur katanya
Ada orang masih mampu melahap makanannya walaupun makanan tersebut sudah menjadi menu hariannya sekian lama

ada orang itu...ada orang ini...
bla...bla...bla...

BERHENTIIIII!!!!!!

tarik nafas perlahan-lahan..1...2...3....hembusssssss

nah...hadiah daripada saya..:P


nyum2..meleleh coklat dia wehhhh:P

alhamdulillah...bulatan gembira hari nie besttt !!!

teringat quote nie
"saya tidak tahu apakah ini suatu kebaikan mahupun keburukan kepada saya, tetapi saya senantiasa bersangka baik dengan ALLAH"

Nah.....panahan petir satu...zassssssssssss

yup...sepanjang hidup kita nie, ada 2 perkara terbaik yang Allah dah tentukan untuk kita, nak tahu tak apa dia?betul nie nak tahu? cepat angkat tangan ala-ala nak baca rukun negara gitu..ahaks
okeyh2..kena serius sikit(sikit jer>_<)

perkara terbaik itu adalah:
1. Apa yang telah berlaku pada kita
~tak kisah lah, masa kanak-kanak yang kenal balun dengan abah sebab taknak sembahyang ke, kena kejar dengan mak sebab pecahkan pinggan ke, jatuh basikal, kenal dengan si pulan yang kita rasa menyesal sebab kenal dia ker:P:P:P, kena piat dengan cikgu BM sebab tak siapkan kerja sekolah ke...bla..bla..bla

2. Segala suruhan Allah ke atas kita
~solat 5 waktu, tutup aurat, berbuat baik pada ibu bapa (walaupun pernah kena pukul >_<), menjaga hubungan dengan sesama manusia, amar ma'ruf nahi mungkar=berdakwah?..ops....panas..panas...nak kipas?hehe maklumlah, sekarang kat moscow memang dah start panas >_<

"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf,d an mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"(3:104)

nah..gedebuk satu ayat.....
ada tangan, jom selak al quran
ada mulut, jom baca al Quran
ada mata, jom tadabbur alam
ada hati, jom guna tuk menghayati...

ada akal?, lu pikirla sendiri nabil....

~moga Allah pilih kita untuk ikhlas dan istiqamah

allahualam

jom solat isya'.huhuhuiiii>_<

Sunday, May 1, 2011

tebal tak tebal~



huhu~ malu tak malu, tebal tak tebal muka nie..nak tulis gak...>_<

bismillahirrahmanirrahim...

waaaaaaaaaaa...bersawang, spiderman, ultraman, keluangman pon sempat buat rumah naik dua tingkat lagi....aisehhh....

erm, tak pelah, kita buka lembaran baru tahun 2011 ni dengan cerita baru, penuh sensasi:P
nak dijadikan certa, dalam perjalanan ke bulatan gembira pagi tadi, memandangkan pergi seorang, jadi untuk tujuan keselamatan dan mudah untuk berlakon..ahaks:P, aku pon keluar siap dengan kelengkapan (ipod+headphone+kelengkapan bulatan gembira)

naiklah metro, erm, tempat ada yang kosong, tapi takpalah ambil keputusan untuk berdiri jelah..
buka beg, ambil quran, mula menghafal...bismillahirrahmanirrahim..



bukan tak perasan, minah yang duduk di kerusi sebelah ni, terteleng-teleng...alhamdulillah, siap siaga dengan alatan berlakon...buat-buat tak perasan:P

selang 2 stesen dari tempat aku berhenti untuk pertukaran metro, jeng..jeng..jeng...

baca yang dah siap ditranslatelah ye...maklumlah, dengar tak dengar jugak tadi..>_<
kelibat pakcik rusia sekitar 70-an beralih tempat daripada kerusi bertentangan dengan tempat aku berdiri kepada betul-betul sebelah tempat aku berdiri...

hiasan je ye:P

~anak muda...anak muda
buat-buat tak dengar (ala-ala dengar mp3 gitu..ahaks:P)
~anak muda...

aku buat-buat baru perasan tegurannya, sambil memberhentikan bacaan
~apa yang awak baca tue?
aku tidak menjawab pertanyaannya, sekadar menunujukkan quran
~quran? saya juga muslim...alhamdulillah, subhanallah..
aku tersenyum...alhamdulillah..(fuhhhhh, lega weih, ingatkan pakcik rusia mana la pulak yang nak membebel, baca apa tue..bawak bom ye? dari mana nie?..bla..bla..bla..)
~awak dari mana? syria? jordan?
~malaysia..
~subhanalallah..allah akhbar...
giliran aku pula yang terkedu, subhanallah, terharunya, saat melihat reaksi pakcik itu yang seumpamanya tidak menyangka ada orang yang bukan dilahirkan berlatarbelakangkan arab, di dunia yang jauh sekali menjulang Islam, di tengah khalayak yang prejudis akan penganut Islam, memegang dan membaca al-Quran..
malunya Allah sahaja yang tahu. Mana tidaknya, pertama-tamanya, aku sendiri prejudis akan reaksi pak cik itu pada mulanya yang sengaja mencipta keramahan, kedua, aku sendiri yang baru terkial-kial nak membuka quran memandangkan akan tasmiq bacaan dlm bulatan gembira, ketiga aku dapat rasakan keluhuran dan ketulusan hati pak cik itu sendiri dalam mengekspresikan reaksi kagumnya itu....Allah, kerdilnya aku =_='

perbualan kami berterusan beberapa minit selepas itu...terharu aku, pakcik tu sanggup berhenti di stesen yang aku nak berhenti semata-mata mahu bersoal jawab denganku...

teringat situasi kampung halaman...cewaaaaahhh>_<
bukan apa, apabila kita berada dalam lingkungan penganut Islam yang majoriti, kita tidak lagi merasakan Islam itu sebagai dagang mahupun asing, suasana berbalas salam, bertegur sapa hanya selayaknya buat mereka yang dikenali...

nah....aku dapat rasakan bertapa dagangnya Islam itu saat berada di bumi soviet, betapa minoritinya umat Islam (yang aku maksudkan, akhwatnya yang bertudung litup) boleh dibilang dengan tangan, begitu mesra menyapa salam, senyuman disedekah sejauh mata memandang, subhanallah indahnya Islam di negara orang...indah, tidak lokek kami berbalas salam....

subhanallah..

chow dulu...
allahualam>_<

Tuesday, March 16, 2010

SOS Bahagian 3 (Ebi sayang mak~)

Maka kami kembalikan Musa kepada ibunya, supaya senang hatinya dan tidak berduka cita dan supaya ia mengetahui bahwa janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. (28:13)












Dengan nama Allah yang denganNya terjadilah sesuatu dan dengan kekuasaanNya jugalah, terhalangnya sesuatu....












-----------------------------------------------------------------------------------------












budak perempuan itu tekad untuk kembali semula ke rumah dan menyelinap masuk ke dalam bilik tanpa pengetahuan si ibu.












satu...dua...tiga...








berlari dan masuk ke dalam bilik...








'beg....mana beg....?'








budak perempuan itu mencari-cari beg sekolahnya....












'erm...tak yah lah....bawak je lah sume baju nie...nak pakai senang...'




jernihnya pemikiran si kecil, mahu melarikan diri, tapi umpama berpindah rumah...
















budak perempuan itu membawa bakul bajunya secara senyap-senyap. Kudrat yang tidak seberapa digunakan sebaik mungkin.....








biar...biarlah memakan masa......bakul yang besar dihurung jua bersamanya...














'dik.......'






'ah...suara tue....' pipi yang masih bersisa air mata yang tidak kering kembali berair...









'dik nak ke mana?'






air mata mengalir sederas yang mungkin...









'ibu dah tak sayang adik.....adik tak nak duduk sini dah..nak duduk dengan opahhhhhhhhhhh'



kelu...budak perempuan itu tidak menjawab....sekadar jeritan ....batin









'ibu sayang adik, adik tak sayang ibu ye? nape adik nak lari?'






diam...sunyi...sepi.....






'meh sini...ala sayang ibu..meh.....'






pantas lengan si kecil dicapai dan tubuhnya didakap...


















'adik........'






'adik sayang ibu jugak......sayang sangat ibu....'












sunyi....esakan budak perempuan itu sahaja yang kedengaran, kata-katanya bisu....












Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik(9:24)






adakah itu bermakna kita tidak boleh mencintai, kasih dan sayang kepada ibubapa, keluarga, etc?






tidak.....sekali-kali tidak....






Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan(29:8)









tetapi...






Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (9:24)






jadi,






Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (3:31)









Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (33:21)









mencintai ibu bapa(berbuat baik pada mereka dan mentaati mereka selagi tidak bercanggah)---> kerana Allah suruh--->cinta ibu bapa tidak melebihi cinta kepada Allah dan RasulNya--->bagaimana mencintai Allah dan RasulNya?--->ikutilah ajaran Rasulullah(sunnahnya)--->apakah sunnah terbesar Rasulullah?--->dakwah, yakni menyeru AMNM dan melaksanakan Syahadah kita...






^_^





mak dan abah..windu~





~Ebi sayang mak....Selamat ulang tahun kelahiran, mak!!!...Sayang dan rindu mak!!!!~





Semoga ALLAH senantiasa merahmati dan melindungimu~

























allahualam




















Monday, February 22, 2010

Bertatih ke Melatah?????












Allah akhbar...

Astaghfirullahalazim....astaghfirullahalazim.....astaghfirullahalazim.....




seperti orang yang kuat melatah, baru cuit sikit, sampai bersilat di tengah laman (nie nak tunjuk hiperbola jer, ^__^)




ehem...ehem...ye, entry kali ini untuk aku, engkau dan dia yang masih pening-pening kepala memikirkan apalah yang patut dijadikan......
korban?erm tak sesuai perkataan tue....


hadiah?tidak, sesuatu itu sememangnya bukan setakat hadiah, lebih BESAR daripada itu....






tarbiyah?

tarbiyah?????


YES.........tepat sekali....




tarbiyah buat diri..yang mendakwa seorang da'ie...yang sedang berusaha untuk tidak 'terturas' daripada jalan yang mulia ini...


memang rasa sedang diuji, Ya Allah, lemahnya hambamu ini....


aku sangat yakin, kerana aku juga termasuk dalam kalangan golongan itu. Golongan yang mendakwa diri tertampar, dilempang, disepak, mahupun diterajang(ops...maaf perkataan yang digunakan terlalu extreme kurasa.....maaf..) usai jaulah syitawiyyah baru-baru ini.....


haa....davai...barang kesayangan anda,


beg????




kasut????



baju????


tudung yang kelip-kelip?????

perfume?????


bear?????












sardin Malaysia? kicap? sos?(haa....jangan tak tau...makanan-makanan nie amat berharga tau, di bumi komunis nie..ops....bekas jajahan komunis....;))



mungkin......ikan bilis @ udang kering???(haa..tutp mulut tue, tak payah nak ternganga luas-luas...tau.....tak perlu cakap kot....yup, berlambak-lambak kat Malaysia kan.....kamu patut bersyukur tau, sebab merata-rata boleh jumpa 'binatang-binatang kering nie', termasuklah di dapur rumahmu sekarang nie..kan???)^_^





Allah akhbar....Allah akhbar.....Allah akhbar.....






















Husna Afandi: btul kata ko
Husna Afandi: truji sgh diri
Husna Afandi: ko kn buat entri blog ko cpt2
syarafina fina: pasal istanbl tue ke?
Husna Afandi: xla
syarafina fina: hoho..ngah pening pikir pasal adiah esok
syarafina fina: huhu
Husna Afandi: pasal hadiah2 ni la



erm....kisah jaulah diberhentikan seketika memandangkan topik 'hangat' ketika ini adalah bagaimana menghayati nilai pengorbanan.....

yup, aku, engkau dan dia tidak sampai lagi diuji untuk mengorbankan jiwa di 'jalan ini'...hanya setakat......

mengorbankan barang-barang yang disayangi....
mungkin bagi sesetengah daripada kamu bunyinya mudah,

seperti memetik jari, macam makan kacang,.....

TAPI.....

aku sangat-sangat tidak mahu menjadikan perkara ini semudah itu, kerana terdapat nilai tarbiyah di dalamnya....




tarbiyah yang amat berharga....


akhowat, moga terus tsabat....


ambil ibrah daripada setiap perkara yang berlaku....

supaya kita tidak rugi dan terus kaku....




doakan aku....
aku doakan semoga kamu juga dipermudahkan....


InsyaAllah, Allah sedang memandang semua usahamu...


ameen...







Ya ALLAH, kau berkatilah setiap tulisan aku ini....kerana sesungguhnya setiap apa yang aku catitkan ini bakal dipertanggungjawabkan....

Allah akhbar!!!!