Diari 2

Alhamdulillah gembira sangat kerana hari ini aku berkesempatan untuk keluar bersama-sama dengan bekas rakan-rakan sekolahku. Nak katakan reunion, tak juga sebab hanya kami bertiga yang berkumpul. Rindu dan teruja tak perlu digambarkan lagi, setahun lamanya kami tidak bersama-sama sejak pertemuan terakhir kami.

Aku menaiki bas untuk ke pekan. Secara kebetulan, bas yang aku naiki pada hari ini sama seperti hari semalam. Erm, patutlah, waktu aku keluar hari ini hampir sama. Teringat aku akan peristiwa semalam, pemandu dan kondukter bas tersebut merupakan india, seperti bas-bas lain, bas tersebut akan berhenti untuk menurun atau mengambil penumpang. Aku kira hampir tiga perempat perjalanan, bas tersebut berhenti untuk mengambil penumpang. Aku yang sememangnya lebih gemar untuk duduk di tempat duduk hadapan dapat melihat dan mendengar setiap apa yang kedua-dua mereka bualkan, cuma aku tak faham sahaja apa yang mereka bualkan ^__^. Baru aku sedar, hentian kali ini lebih lama daripada biasa. Rupa-rupanya bas tersebut cuba mendekati pohon rambutan yang berhampiran. Buah yang berjuntaian di tepi jalan dicapai mereka.

“sah…ini kes nak amek rambutan free la nie..”aku bermonolog…

Aku terfikir, apalah perasaan mereka dengan mengambil dam memakan makanan yang sememang nya bukan hak mereka dan yang diambil tanpa kebenaran? Aku mengintai buah rambutan tersebut melalui celah tempat duduk di hadapanku…..alahai buah, nasib kau la…

Selang 2 hentian bas aku kira, bas tersebut berhenti untuk mengambil penumpang lain. Wanita lewat 50-an itu begitu biasa kulihat sementelahan pula aku sememangnya biasa berulang-alik menggunakan bas 2 tahun keberlakangna ini semasa cuti. Nampaknya bukan aku seorang yang merasakan wanita itu begitu familiar, pemandu dan kondukter bas juga tidak ralat bersembang dengannya. Dihulurkan sebiji rambutan kepada wanita tersebut. Tak salah kiranya aku mengatakan buah tersebut datang daripada hasil ‘curian’ tadi.

Ya Allah, takutnya aku memikirkan betapa kita terdedah dengan pelbagai perkara haram. Yang lebih menggerunkan makanan haram yang kita makan. Nauzubillah minzalik…..wanita tersebut juga agak tekejut apabila mengetahui akan asal usul rambutan itu, tapi tetap ditelan juga. Kalau aku dikeduduakn wanita tersebut? Mampukah aku mengeluarkan semula dan menyakiti hati merka yang memberi atau makan sahaja dengan alasan, aku tak bersalah kerana yang memeti bukan aku…Allah, inilah antara perkara yang sering menjadi masalah dalam kalangan kita, dan aku akui akulah antara yang paling kritikal mengalaminya. Padahal tidak patut timbul isu antara nak menjaga hubungan antara manusia atau menjaga hubungan dengan Allah yang perlu diutamakan. Apatah lagi kita ingin menjaga hubungan antara manusia yang sememangnya sudah menyalahi apa yang telah diperintahkan kepada kita.

Aku berfikir sejenak. Jangan terlalu memikirkan perasan manusia sekeliling terhadap kita sekiranya kita tahu tindakan yang diambil adalah betul, fikirkan tentang apa yang telah Allah perintahkan dan perkara-perkara yang dilarangNya. Aku sedang berusaha ke arah itu.

Renungan:

Sesungguhnya Allah mengetahui yang tersembunyi di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.”(35:38)

Comments

  1. Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya dan Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
    [Ali Imran: 29]

    sekadar berkongsi~

    ReplyDelete
  2. salam fina =)
    cepat2 update diari di moscow pula!!
    tp betul ckp awak tuh..
    kadang-kala tak boleh terlalu ikutkan orang lain sangat.. bila dah ijtihad tu, tawakal ajer lah..

    ReplyDelete
  3. wsalam wbt..
    huhu kak baiz...lama fina coma kan..huhu
    afwan sesgt..
    fina doa smga dpermudahkan sgla urusan akak:)
    amin....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

my diary..and not yours

Rindu