Posts

Showing posts from February, 2010

Bertatih ke Melatah?????

Image
Allah akhbar... Astaghfirullahalazim....astaghfirullahalazim.....astaghfirullahalazim..... seperti orang yang kuat melatah, baru cuit sikit, sampai bersilat di tengah laman (nie nak tunjuk hiperbola jer, ^__^) ehem...ehem...ye, entry kali ini untuk aku, engkau dan dia yang masih pening-pening kepala memikirkan apalah yang patut dijadikan...... korban?erm tak sesuai perkataan tue.... hadiah?tidak, sesuatu itu sememangnya bukan setakat hadiah, lebih BESAR daripada itu.... tarbiyah? tarbiyah????? YES.........tepat sekali.... tarbiyah buat diri..yang mendakwa seorang da'ie...yang sedang berusaha untuk tidak 'terturas' daripada jalan yang mulia ini... memang rasa sedang diuji, Ya Allah, lemahnya hambamu ini.... aku sangat yakin, kerana aku juga termasuk dalam kalangan golongan itu. Golongan yang mendakwa diri tertampar, dilempang, disepak, mahupun diterajang(ops...maaf perkataan yang digunakan terlalu extreme kurasa.....maaf..) usai jaulah syitawiyyah baru-baru ini..... haa....d

"...bukan Tuanku yang membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.." ~Syeikh Syamsuddin Al Wali (bahagian 4)

Image
27 January 2010 (Rabu) Manis dan indahnya apabila kita dapat merasakan kepekatan ukhwah. Moga menjadi pendorong buat sisters kesayanganku untuk mencapainya insyaAllah. Kepingin untuk aku berkongsi harapan-harapan besar mereka, moga menjadi suatu doa, dan motivasi buat akhowat sefikrah. “untuk mencapai UA(ustazyatul alam) dirasakan jauh, berharap moga diri ini tidak terturas sehingga ke akhirnya” “biar dengan terputusnya nyawa daripada badan ini dalam keadaan syahid di jalan Allah insyaAllah” Teringat aku akan besarnya juga semangat Abu Ayyub al-Ansari. Seorang Ansar, sahabat Rasulullah SAW yang diberikan ujian dipanjangkan umur sehingga 81 tahun. Jika dahulu, makan anginku bercuti ke tempat orang sememangnya diisi dengan angin dan kekosongan hati dan akal, tidak selesa benar aku kiranya tabiat itu berkekalan. Pulih kembali hati dan akal yang kekurangan nutrisi ruhiyyah ini dngan pemahaman sirah-sirah nabawiyah. Ketika saat Rasulullah SAW sampai ke Madinah , sebelum siapnya kediaman bag

"...bukan Tuanku yang membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.." ~Syeikh Syamsuddin Al Wali (bahagian 3)

Image
26 Januari 2010 (Selasa) Aya Sophia “Mari kita bersihkan gereja Aya Sophia kerana ia bakal dijadikan masjid,” ~Sultan Muhammad al-Fateh Hari kedua, sememangnya menyajikan seribu kelainan. Mana tidaknya, jika semalam kami berperang menahan kesejukan salji dan angin yang cukup membuatkan semua menggigil, hari ini umpama berziarah dalm 2 musim yang berbeza. Semalam musim sejuk, hari ini umpama musim panas, menjelang tengahari, hampir kesemua salji sudah mencair, Subhanallah…. Lokasi pertama, Istanbul Archaelogy Museum . Menariknya mengenai muzium ini, dalam satu kawasan, ia terbahagi kepada beberapa seksyen, bahagian perkembangan tamadun, dari tamadun Mesopotamia, logam etc, bahagian muzium keislaman, artifak-artifak dll. Akibat kebosanan dan keletihan ketika melewati seksyen yang banyak mempamerkan statue yang pelik-pelik (Alexander the great, tuhan-tuhan air, awan etc, patung Athene dengan kepala Medusa), kami hanya berjalan-jalan melepasinya sahaja, sekadar mahu memanfaatkan 20Lira t

"...bukan Tuanku yang membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.." ~Syeikh Syamsuddin Al Wali (bahagian 2)

Image
25 Januari 2010 (Isnin) “ Saya tidak bercadang membina istana lebih cantik dari Masjid Aya Sophia. Cuma saya impikan sebuah kediaman yang boleh membuatkan saya berasa tenang dan sering mengingati Tuhan” ~Sultan Muhammad al-Fateh , Penakhluk Konstantinopel Taklimat ringkas malam semalam, berjaya member sedikit sebanyakgambaran perjalanan perancangan ziarah di Bandar Istanbul. Memandangkan tiada pemandu pelancong yang diminta perkhidmatannya, kami sendiri yang telah diberi tugasan untuk mengkaji setiap tempat yang ditugaskan dan bertindak menjadi pemandu dalam kalanagan kami bagi setiap tempat. Plan ziarah: 25 Januari 2010:Topkapi Palace, Basilica Cistern, blue mosque, yeni mosque, spice bazaar 26 Januari 2010: museum archeology, aya sophia,museum mosaic,museum of islamic art, grand bazaar 27 Januari 2010: eyub, fatih mosque, otw byzantine square 28 Januari 2010: panorama museum,galata tower, museum military 29 Januari 2010: dolmabache, military museum, panorama museum Malam sebelum ber

"...bukan Tuanku yang membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.." ~Syeikh Syamsuddin Al Wali

Image
'Dia adalah sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik askar adalah askarnya dan sebaik-baik rakyat adalah rakyatnya' Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) berita Al Quran setelah beberapa waktu lagi (38:88) Dengan nama Allah yang MAha Pemurah lagi Maha pengasihani. Selawat dan salam buat junjungan mulia, kekasihNya Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat dan para pendokong dakwah ini. Tidak tahu kata-kata yang patut dilontarkan dahulu memandangkan pemikiran masih tumpul dek karat lama tidak mengarang. Tapi, keinginan untuk berkongsi biar walau sedikit agar segala hidayah, peluang dan pengalaman dapat dikongsi buat semua sedikit demi sedikit menambahligatkan jari-jemari menari-menari di atas pentas aksara. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…. Turki, merupakan destinasi pilihan kami sebelum menghadirkan diri ke jaulah di Perancis. Kedudukannya yang terletak di barat daya Russia hanya memakan masa dalam 2 jam untuk sampai ke Bandar Istanbul. Penerbangan menggunak