"...bukan Tuanku yang membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.." ~Syeikh Syamsuddin Al Wali (bahagian 3)

26 Januari 2010 (Selasa)


Aya Sophia



“Mari kita bersihkan gereja Aya Sophia kerana ia bakal dijadikan masjid,”

~Sultan Muhammad al-Fateh





Hari kedua, sememangnya menyajikan seribu kelainan. Mana tidaknya, jika semalam kami berperang menahan kesejukan salji dan angin yang cukup membuatkan semua menggigil, hari ini umpama berziarah dalm 2 musim yang berbeza. Semalam musim sejuk, hari ini umpama musim panas, menjelang tengahari, hampir kesemua salji sudah mencair, Subhanallah….
Lokasi pertama, Istanbul Archaelogy Museum . Menariknya mengenai muzium ini, dalam satu kawasan, ia terbahagi kepada beberapa seksyen, bahagian perkembangan tamadun, dari tamadun Mesopotamia, logam etc, bahagian muzium keislaman, artifak-artifak dll. Akibat kebosanan dan keletihan ketika melewati seksyen yang banyak mempamerkan statue yang pelik-pelik (Alexander the great, tuhan-tuhan air, awan etc, patung Athene dengan kepala Medusa), kami hanya berjalan-jalan melepasinya sahaja, sekadar mahu memanfaatkan 20Lira tiket.

Dalam perjalanan ke lokasi seterusnya yang agak ditunggu-tunggu, sempat juga kami menjamah buah berangan dan roti bijan(huhu,,tak tahu nama sebenar roti tue..) yang sememangnya banyak dijual di kaki-kaki lima.


Antara penemuan yang menarik untuk dikongsi

Perjanjian damai terawal yang pernah dicatatkan antara Hittite King Hattusili III dan Firauan Ramses II (huhu, sekadar perkongsian makluamat sejarah~)


“Kamu bebas mengamalkan agama masing-masing. Kamu juga boleh beramal ibadat di dalam gereja kamu pada bila-bila masa kecuali satu…..”
“Apakah yang satu itu tuanku?”
“Gereja Aya Sophia. Kami mahu menjadikannya sebagai masjid.”



Jam menunjukkan hampir pukul 1 tengahari. Azan zohor berkumandang di angkasa Istanbul. Azan kedengaran bersahut-sahutan memandang kedudukan masjid-masjid yang terletak tidak jauh antara satu sama lain. Sayu seketika. Teringat kata-kata seorang sahabatku…

“Azan bersahut-sahutan, dari satu stesen train ke satu stesen yang lain, azan masih lagi berkumandang..”

Terhenti seketika kami di hadapan pintu masuk Aya Sophia. Sempat pula seorang pak cik menawarkan perkhidmatan menaiki botnya sambil menikmati permandanagn Kota Istanbul dari permukaan air. Kami menolak dengan cara yang baik.
Dari hadapan pintu masuknya, jelas kelihatan Masjid Biru. Mengikut sejarahnya, Masjid biru ini dibina turut bertujuan untuk menandingi kemegahan binaan Aya Sophia ketika itu yang menjadi lambing kemegahan orang-orang Kristian. Aya Sophia juga merupakan tempat pertama Sultan Muhammad al-Fateh menunaikan solat sunat tanda kesyukuran ketika Konstantinople berjaya ditawan pada 29 Mei 1453.











Mendengar penerangan Tour Guide terpilih kami, Ain~

Saat kaki melangkah masuk ke dalam bangunan itu, dapat kulihat riak-riak wajah kekaguman pada setiap pengunjung. Tidak kunafikan keindahan seni binanya. Subhanallah, rasa terharu tika diingati semula bahawa lantai yang kupijak itu, turut dipijak oleh beribu-ribu tentera Islam suatu ketika dahulu di saat kemenangan penakhlukan Konstantinopel. Seakan kuserap semangat-semangat jihad mereka. Perasaan yang sama turut kurasai ketika berada di Sinai, Mesir 2 tahun yang lalu. Perasaannya tidak dapat digambarkan melainkan bagi mereka yang turut merasainya. Cuba bayangkan tempat yang dilalui oleh utusan Allah, Nabi Musa bersama para pengikutnya, turut dinyatakan dalam al-Quran, dan kini, kamu sudah berada dan berdiri di tempat itu. Terasa ada suatu kelainan pada ketika itu. Subhanallah….


Jelas kelihatan kesan-kesan tampalan dinding yang dibuka semula. Kelihatan dengan jelas lukisan Mary and Jesus antara kalimah Allah dan Muhammad. Kami berkesempatan untuk menaiki aras atas muzium tersebut. Masih terdapat pengubahsuaian yang masih belum siap di kawasan tengah bangunan itu.




Usai bergambar dan mengamati pemandangan Aya Sophia, kami menuju ke Muzium Mosaic of Great Palace. Memandangkan kurasa tidak berbaloi untuk menghabiskan RM16 semata-mata mahu melihat mosaic di dalamnya, aku mencadangkan supaya tidak masuk ke dalamnya, dan hanya diadakan taklimat ringkas mengenai muzium itu di pintu masuknya sahaja. Dalam usaha mencari-cari jalan untuk ke muzium tersebut, kami melalui Arasta Bazar, namun bazaar itu seakan-akan tidak hidup mungkin juga kerana hari yang masih cerah.






Museum of Islamic and Turkish Art

Melewati jalanan Bandar Istanbul benar-benar memberikan pengalaman baru dan menarik bagi kami. Keterujaan melihat ciptaan Allah yang satu ini membawa kami dalam cubaan untuk menghampiri pantai. Melayang seketika harapan untuk menyusuri pantai tatkala mendapati semakin cuba kami hampiri lautan itu, rupanya semakin kami memasuki kawasan letak kereta. ^__^Masih tidak dapat kulupa riak kehairanan pak cik yang menjaga kawasan letak kereta. Masakan tidak, beberapa ketika juga kami habiskan semata-mata ingin meyakinkan pak cik itu bahawa kami hanya ingin menghampiri pantai.....alahai akhowat Russia, rindu pada deruan ombak dan kehalusan pasir pantai~

Puas bergambar berlatarbelakangkan bumi sebelah sana Turki, kami menyegerakan diri ke Museum of Islamic and Turkish Art.




Tidak lengkap sekiranya ke Istanbul sekiranya tidak ke Grand Bazar. Petang itu, dapat juga diselitkan lawatan ke sana (bukan sekadar lawatan, terbang juga 2-3 keping duit kertas..huhu). Semua sibuk membeli-belah buah tangan untuk dibawa pulang, bimbang tidak sempat untuk berbelanja memandangkan jadual perjalanan yang agak penuh dan kebanyakan bazaar hanya dibuka sehingga pukul 6.30 petang. Walaupun pernah diberitahu bahawa barang-barang di bazaar ini jauh berlipat-ganda mahal daripada tempat lain, aku agak berpuas hati apabila berjaya menawar sehingga mendapat harga seperti di tempat-tempat lain ^_^.

Comments

Popular posts from this blog

my diary..and not yours

Rindu

Diari 2