my diary..and not yours

Diari 1

“siapa tue? Adik?” Tanya mak cik di sebelahku

“a’ah, adik” aku mengiakan. Suasana di ruangan menunggu itu benar-benar menyesakkan fikiranku. Mahu sahaja aku bergegas keluar meninggalkan bangunan yang penuh dengan bau ubat-ubatan itu. Keb encianku terhadap suasana hospital benar-benar tidak melambangan statusku sebagai seorang pelajar perubatan.

“argh..pedulikanlah….pencuci tandaspun tidak menyukai bau najis walaupun mereka telah bekerja untuk jangka waktu yang lama” aku bermonolog sendiri.

Aku mengambil keputusan untuk melihat-lihat disekitar kawasan menunggu itu. Penat berjalan-jalan aku kembali ke tempat dudukku.

“adik sakit apa?”ramah mak cik yang duduk di sebelahku bertanya. Terserlah keinginannya untuk mengajakku berbalas cakap semntalahan dia juga sedang menunggu anaknya.

“dia tak berapa sihat sikit” aku menyumpah dalam diri, mengapalah aku boleh mengeluarkan jawapan yang sebodoh itu, masakan orang sihat mahu ke hospital dan menjalani pemeriksaan kesihatan.

“anak mak cik plak, dia dah lama dah sakit, umurpun dah 28 tahun, demam panas ketika 2 tahun”

Aku mencongak, bermakna sudah 26 tahun sakit.

“dia ni dulu, masa belum ambil apa-apa ubat, dia tendang mak cik macam bola, Alhamdulillah bila dah ambil ubatnie dia tak seagresif seperti dulu” adu makcik itu lagi

Aku bersimpati. Aku melihat sekilas insane malang tersebut. Berbahagialah kamu wahai hamba Allah kerana sesungguhnya engkau termasuk hambaNya yang dibersihkan daripada dosa-dosa dunia ini. Tiada satumanusia waraspon yang tidak diuji dengan pelbagai macam dugaan. Mungkin di suatu ktempat di mukabumi Allah ini, ada keluarga yang sedang perit menahan kelaparan, di penjuru bahagian lain pula sarat menanggung kesedihan kehilangan ornag tersayang, dan aku pasti tntu ada pula yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit.[1]

Aku setia menjadi peneman mak cik untuk seketika. Usai adikku menjalani pemeriksaan, kami saling bersalaman tanda perpisahan. Kelu lidahku untuk menyatakan betapa aku mengagumi ketabahan wanita lewat 50an yang berada di hadapanku ketika itu. Hanya doa yang mampuku sertakan sebagai penguatnya menempuhi ujian ini.

Aku beredar meninggalkan bangunan tersebut. Masih terngiang-ngiang suara mak cik tersebut menceritakan dugaan hidupnya itu. Dan aku, tidak mensia-siakan pengalaman ini untuk kusematkan ke dalammu, wahai diariku!!^__^




[1] Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui(39:49)

Comments

  1. akhirnya..

    salam fina..
    hehe..bgus sb bjaye update diary ko ni..
    ni la cite yg ko cite mse usrah kn??
    hmm..jzkkk coz sharing..^__^
    keep it up!!!

    p/s: sejak bile plak ko ade adik ni??
    hehe..=P

    ReplyDelete
  2. hahaha...ni sape punye diari tah...
    terjumpe bwah katil^__^

    ReplyDelete
  3. fina... mana ada orang suka bau najis?? heheh.. itu pekerjaan.. dorg pun x minta jd pencuci tandas.. huhu

    ReplyDelete
  4. huuhu..ye kak baiz, kekadang kita pon tak perasan....sedar-sedar dah ada kat sini dah,...tapi tiada yang menjadi kebetulan kan...ALLAH dah susun cantik2 dah...^__^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rindu

Diari 2