Posts

Showing posts from March, 2009

Aku Manusia Biasa

Segala puji-pujian hanya milik ALLAH pencipta sekalian makhluk, selawat dan salam khas buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, kesejahteraan buat para sahabat baginda, ahli keluarga baginda seterusnya saudara-saudara seIslamku...... Nafsu itu sifatnya besar, tidak pernah merasa cukup, mahupun puas, jarang sekali untuk bersyukur, mahukan kesenangan, kekayaan, kegembiraan, kekuasaan,belaian dan perhatian "Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. "(Yusuf:53) Aku manusia biasa, yang lemah, tidak akan dan tidak pernah mampu berdiri sendiri.... hidupku memerlukan ampuh, goyah... aku masih perlukan penggantungan... " Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu."(Al-Ikhlas:2) Aku manusia biasa, lemahnya aku bukan kerna kudratku.... lemahnya aku, kerna rapuhnya pendirianku..

Sahabat

Sahabat.... di jalan persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia kerana Dialah aku mengenalimu dan kerana Dia jugalah yang telah menetapkan aku dan kau mengukir 1001 kenangan bersama Sahabat.... aku tidak mahu sekadar menjadi seorang teman kepadamu teman yang hanya menemani dirimu di waktu-waktu tertentu aku mahu menjadi lebih dari itu izinkan aku..... Sahabat.... aku sayang padamu sayangku bukan kerana kepandaianmu bukan juga kerana hartamu apatah lagi rupa parasmu aku tidak mahu antara kau dan aku sebegitu.... jangan kau batasi hubungan ini jangan kau leraikan ikatan ini pecahkan tembok perbezaan kita bina jambatan persamaan Sahabat..... ya! aku menyayangi ahli keluargaku kerana mereka sedarah sedaging denganku namun melampaukah aku? menyayangimu sepertimana mereka? malah... lebih-lebih lagi... kerana kau dan aku bukan dilahirkan dari rahim yang sama... tetapi kerana kau dan aku dilahirkan ke dalam dunia

Hinanya AKU

Dan di antara manusia ada orang yang berkata: "Kami beriman kepada Allah", maka apabila ia disakiti (karena ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah besertamu." Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia? (An-Kabut:10) Ya Allah.... hinanya aku.... aku malu untuk menghadapMu Ya Allah... aku malu.... aku mengaku beriman kepadaMu aku mengaku beriman kepada tentera-tentera cahayaMu aku mengaku beriman kepada kalimah-kalimahMu aku mengaku beriman kepada utusan-utusanMu aku mengaku beriman kepada hari penghabisan aku mengaku beriman kepada ketentuanMu malah, aku mengaku ber'deen'kan kepada agama yang Engkau redhai ini Ya Allah... malunya aku Ya Allah.... aku memaksa diri.... hati ini bersabar dengan ujianMu mulutku mengungkapkan redha tapi........ pipiku basah Ya Allah aku menangisi ujian ini 'm