Rindu
Petah berkata-kata, lancarnya mata pena
Arghh, rindunya untuk kembali berkarya
Biar jadi satu diari kisah, kerana pabila lampiran pertama dibuka, aku menjadi kagum dengan diri sendiri.
Oh, petahnya, mahirnya aku mengguna kosa kata. Lewat memori kembali berputar, mencari kembali detik ketika aku berkarya. Kerana setiap hantaran, terkandung memori yang benar-benar terkesan.
Biar tak kenal rupa, biar nama tak dijulang, tapi mesti beri kesan. Agar setiap huruf yang yang ditaip, jadi asbab limpahan pahala...buat bekal hari kemudian
Owh ya..happy birthday to my self, 34y plus 1 day, moga bertambah bekal AMAL, senantiasa sedar akan dosa2 dan melazimi taubat, tidak memandang rendah orang lain, dan sentiasa memohon pada Allah segala kebaikan dunia dan akhirat. Terima kasih Allah untuk segala nikmatMu!
ReplyDelete