"...bukan Tuanku yang membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.." ~Syeikh Syamsuddin Al Wali (bahagian 2)

25 Januari 2010 (Isnin)




“ Saya tidak bercadang membina istana lebih cantik dari Masjid Aya Sophia. Cuma saya impikan sebuah kediaman yang boleh membuatkan saya berasa tenang dan sering mengingati Tuhan”



~Sultan Muhammad al-Fateh , Penakhluk Konstantinopel







Taklimat ringkas malam semalam, berjaya member sedikit sebanyakgambaran perjalanan perancangan ziarah di Bandar Istanbul. Memandangkan tiada pemandu pelancong yang diminta perkhidmatannya, kami sendiri yang telah diberi tugasan untuk mengkaji setiap tempat yang ditugaskan dan bertindak menjadi pemandu dalam kalanagan kami bagi setiap tempat.



Plan ziarah:



25 Januari 2010:Topkapi Palace, Basilica Cistern, blue mosque, yeni mosque, spice bazaar
26 Januari 2010: museum archeology, aya sophia,museum mosaic,museum of islamic art, grand bazaar
27 Januari 2010: eyub, fatih mosque, otw byzantine square
28 Januari 2010: panorama museum,galata tower, museum military
29 Januari 2010: dolmabache, military museum, panorama museum




Malam sebelum bertolak ke Istanbul, kerana sikap yang agak suka bertangguh, aku terpaksa mengurangkan salah satu nikmat yang menjadi penutup bagi setiap hari iaitu tidur. Seglaa nota-nota berkenaan tugasan yang diamanatkan aku khatam pada malam itu juga. Haa….terkejut kau fina, ‘gedebuk’ sebakul nota berkenaan Topkapi Palace sahaja…haha padan muka kau:P




Terasa betul-betul berpijar mukaku, masakan tidak, terasa kerdil,lemah, kurangnya ilmu pengetahuanku akibat malas membaca. Sejujurnya, kalau bukan kerana aku diberi tugasan ini, mahunya aku ke Istanbul tanpa sebarang pengetahuan am mengenainya. Alahai fina, macam manalah nak mencapai Muwassofat yang satu tue, kalau malas membaca…:(






Cukuplah kiranya dalam catatan ini aku menyisipkan serba sedikit mengenai sejarah setiap tempat, untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rajin-rajinkan diri untuk meminta bantuan Mr.google :)







Model Istana Topkapi


Istana Topkapi merupakan istana pertama bagi pemerintahan Empayar Ottoman. Diarahkan pembinaannya oleh Sultan Mehmet 2 @Sultan Muhammad al-Fateh dalam tahun 1459. Menjadi pusat kediaman dan pentadbiran empayar selama lebih kurang 4oo tahun sebelum berpindah kepada Istana Dolmabache oleh Sultan Abdul Mecid. Sesuai dengan keinginan Sultan Muhammad Fateh sendiri, senibina istana yang sederhana, dipenuhi seni ukiran Islam menepati cirri-ciri tempat kediaman yang mendekatkan baginda kepada Allah. Istimewanya istana ini adalah mengenai 4 courtyard nya yang setiap satu mempunyai setiap pintu gerbang dengan nama dan bentuk yang tersendiri. Kedudukan yang terletak berhampiran Laut Marmara dan Selat Bosphorus memberikan kedamaian dan menyerlahkan lagi keindahan alam ciptaan tuhan. Istana ini juga turut menjadi salah satu symbol kebanggaan Islam kerana di dalamnya terdapt banyak khazanah yang disimpan dan dipamerkan sperti pedang Rasulullah SAW, pedang para sahabat (Khalid al-Walid, 4 orang khalifah dll)




Cuaca yang agak sejuk bertemankan salji yang agak lebat, sedikit sebanayk member kesan pada setiap daripada kami. Aku teringat jawapan salah seornag daripada ahli rombongan ziarah ini, Ain…




“..paling terkesan Topkapi sebab sejuk..”




Salji yang turun dengan lebat pada hari itu memberikan pemandanagn yang redup dan mencerahkan setiap kawasan istana. Apa yang berjaya menarik perhatian aku ialah mengenai hampir setiap lantai kawasan Topkapi ini dibuat daripada marmar. Ditambah dengan salji menjadikan permukaan lantai begitu licin.






Berlatarbelakangkan Masjid Biru




Selepas solat jama’ zohor dan asar di Masjid Biru @ Sultanahmed, lokasi yang menjadi tujuan kami seterusnya ialah Basilica Cistern. Perkataan cistern itu sendiri sudah cukup untuk menerangkan fungsi kawasan ini iaitu sebagai pusat tadahan air hujan untuk disalurkan ke kawasan-kawasan sekitar termasuklah Topkapi Palace. Jika ditanya mengenai tempat yang berjaya mencuri tumpuanku sepanjang kunjungan ini ialah Basilica Cistern kerana kedudukan nya yang teletak di aras bawah dan pencahayaannya yang cantik, Subhanallah, segala-gala pujian selayaknya untuk Maha Pencipta yang tlah memberikan sedikit ilham kepada mereka yang telibat dalam proses pembinaannya. Taklimat ringkas diberikan oleh Kak Aisyah memberikan sedikit input mengenai kawasan ini.






Basilica Cistern




Basilica Cistern, pernah dibersihkan suatu ketika dahulu akibat lumpur yang sehingga kini masih terdapat kesan-kesannya pada setiap batang tiang di dalamnya. Terkenal dengan mitos mengenai kepala Medusa dan keupayaannya menukar setiap orang yang memandangnya kepada batu. Berdasarkan daripada mitos tersebut, Medusa ini merupakan seornag gadis yang sangatlah cantik, kekuatan kecantikannya terletak pada rambutnya. Dipendekkkan cerita, Medusa menjalin hubungan cinta dengan Perseus, anak kepada Zeus. Dalam masa yang sama seprti kisah-kisah cinta normal lain, terdapat satu pihak yang iri hati dengan Medusa iaitu Athene. Athenelah yang telah menyumpah Medusa dan menjadikan rambut-rambutnya bertukar menjadi ular…erm, tak menambahkan iman langsungkan mitos nie? Takpelah, sekadar berkongsi supaya diri sendiri tidak lupa dengan kisah ini sekiranya ingin berkongsi pengalaman dengan yang lain.







Medusa







Destinasi seterusnya, New Mosque @ Yeni Mosque. Terletak berhampiran dengan Spice Bazaar. Berdasarkan cerita di sebalik pembinaan masjid ini, pembinaanya yang sebnyak 3 kali disebabkan oleh berlaku kebakaran pada pembinaan sebelumnya. Masjid ini juga dinamakan Masjid Baru kerana suatu ketika dahulu di kawasan ini sebelum pembinaanya, tiada sebuah masjidpun yang dibina disekitarnya. Oleh sebab itu, dalam usaha untuk menegakkan Islam dikawasan tersebut, pembinaan masjid ini diarahkan. Menariknya, setiap masjid-masjid besar yang kami lawati akan ada kalimah Allah, Muhammad, nama 4 orang khalifah dan cucu-cucu nabi Hussein dan Hassan tergantung di dalamnya.





Masjid Yeni@Baru
Spice Bazaar

Sebelum mengakhiri plan pada hari tersebut, kami berkesempatan untuk membeli-belah di kawasan Spice Bazaar. Ketika inilah, kepakaran tawar-menawar setiap daripada kami diuji.;)






*terdiam ketika dimarahi oleh pak cik di kedai beg..huhu:P







bersambung.........

Comments

  1. finaaa kte baru khatam buku al-fateh tu. jeles222 nak pergi istanbul gaks. ;)

    (rakan sebelah cube-mu dkt taiping dulu)

    ReplyDelete
  2. huhu..kimah~bestkan buku tue..tambah part bila dah twan konstantinopel tue..fuh...
    iA ada rezeki sampai jugak ke sane..
    sunnatullah..kegemilangan Islam akan kembali iA<3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

my diary..and not yours

Rindu

Diari 2