"...bukan Tuanku yang membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.." ~Syeikh Syamsuddin Al Wali


'Dia adalah sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik askar adalah askarnya dan sebaik-baik rakyat adalah rakyatnya'

Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) berita Al Quran setelah beberapa waktu lagi (38:88)


Dengan nama Allah yang MAha Pemurah lagi Maha pengasihani. Selawat dan salam buat junjungan mulia, kekasihNya Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat dan para pendokong dakwah ini.
Tidak tahu kata-kata yang patut dilontarkan dahulu memandangkan pemikiran masih tumpul dek karat lama tidak mengarang. Tapi, keinginan untuk berkongsi biar walau sedikit agar segala hidayah, peluang dan pengalaman dapat dikongsi buat semua sedikit demi sedikit menambahligatkan jari-jemari menari-menari di atas pentas aksara.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah….
Turki, merupakan destinasi pilihan kami sebelum menghadirkan diri ke jaulah di Perancis. Kedudukannya yang terletak di barat daya Russia hanya memakan masa dalam 2 jam untuk sampai ke Bandar Istanbul. Penerbangan menggunakan Turkish Airline tersebut, walaupun sekejap cuma masih mampu melenakan kami. Usai kawalan passport, mesin ATM menjadi sasaran. Memandangkan ini merupakan pengalaman pertamaku bertandang ke tempat orang tanpa menggunakan perkhidmatan tour guide berjaya membuatkanku teruja. Aku mula membayangkan perjalanan kami yang ditemani dengan peta Bandar Istanbul (berjalan-jalan sambil membuka peta…haaha..comel..comel…), sedikit terkontang-kanting mencari jalan (tanya orang sana..tanya orang sini…), kepenatan berjalan akibat sesat (alahai…salah baca peta rupenye….:P), kekenyangan dengan pelbagai makanan halal( punyalah semangat nak melantak merasa semua makanan turki yang sememangnya halal tue….ececeh, tak kisah hargalah rancang-rangcangnya….alih-alih….jeng..jeng..jeng….^_^)
Semangat membayangkan percutian kali nie……



Pembetulan…perkara yang sebenarnya berlaku:


a) perjalanan kami yang ditmani dengan peta Bandar Istanbul(berjalan-jalan sambil membuka peta…haaha..comel..comel…)= guna peta Istanbul, tapi malam sebelum bertolak ke setiap tempat, dah khatam sama-sama dah peta ke tempat tue…jadi tak terjadi lah situasi berjalan-jalan sambil membuka peta, peta hanya dibuka ketika keadaan mendesak seperti ketika menanyakan pengangkutan yang perlu diambil dll
b) sedikit terkontang-kanting mencari jalan (tanya orang sana..tanya orang sini…=)=Alhamdulillah, keadaan seperti itu tidak berlaku, masing-masing berusaha untuk membantu bertanyakan arah. Erm, nampaknya communication skillku banyak yang perlu dibaiki..(‘--“)
c) kepenatan berjalan akibat sesat (alahai…salah baca peta rupenye….:P)=hehe, istilah kepenatan itu hanya dirasai pada hari kedua ketika di Istanbul= hari pertama ziarah kami. Semua orang sakit bahu, sebab beg?sejuk? excited?
d) kekenyangan dengan pelbagai makanan halal( punyalah semangat nak melantak merasa semua makanan turki yang sememangnya halal tue….ececeh, tak kisah hargalah rancng-rangcangnya….alih-alih….jeng..jeng..jeng….^_^)= haha, tergelak dengan sikapku sendiri, pelahap/tamak/ kuat nafsu makan, tapi kedekut:P, awal-awal sampai punyalah sibuk mendarab 2 bagi setiap harga makanan( RM2= 1Lira Turki), sampai ke Paris terkejut dik…..berganda-ganda mahalnya….:P



bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

my diary..and not yours

Rindu

Diari 2