"...bukan Tuanku yang membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.." ~Syeikh Syamsuddin Al Wali (bahagian 4)
27 January 2010 (Rabu)
Manis dan indahnya apabila kita dapat merasakan kepekatan ukhwah. Moga menjadi pendorong buat sisters kesayanganku untuk mencapainya insyaAllah. Kepingin untuk aku berkongsi harapan-harapan besar mereka, moga menjadi suatu doa, dan motivasi buat akhowat sefikrah.
“untuk mencapai UA(ustazyatul alam) dirasakan jauh, berharap moga diri ini tidak terturas sehingga ke akhirnya”
“biar dengan terputusnya nyawa daripada badan ini dalam keadaan syahid di jalan Allah insyaAllah”
Teringat aku akan besarnya juga semangat Abu Ayyub al-Ansari. Seorang Ansar, sahabat Rasulullah SAW yang diberikan ujian dipanjangkan umur sehingga 81 tahun. Jika dahulu, makan anginku bercuti ke tempat orang sememangnya diisi dengan angin dan kekosongan hati dan akal, tidak selesa benar aku kiranya tabiat itu berkekalan. Pulih kembali hati dan akal yang kekurangan nutrisi ruhiyyah ini dngan pemahaman sirah-sirah nabawiyah.
Ketika saat Rasulullah SAW sampai ke Madinah , sebelum siapnya kediaman baginda, baginda menumpang di rumah sahabat baginda yang satu ini, Abu Ayyub al-Ansari. Atas izin Allah, sebaik-baik perancang, bagi mengelakkan sebarang perkara yang dapat mencetuskan pertelingkahan dalam kalangan sahabat, Allah memberikan Rasulullah SAW petunjuk untuk melepaskan unta baginda dan membiarkan unta tersebut yang memilih kediaman siapakah yang bakal ditumpangi oleh Rasulullah SAW. Dengan izinNya juga, unta tersebut berhenti di hadapan rumah Abu Ayyub al-Ansari. Turut diriwayatkan juga, hampir 7 bulan baginda di sana dan memberi peluang besar kepada Abu Ayyub al-Ansari mendapatkan pentarbiyahan terus daripada baginda.
Hasil sentuhan tarbiyah inilah menjadikan Abu Ayyub al-Ansari sebagai salah seorang parajurit Islam ketika cubaan tentera Islam untuk menakhluki Konstantinopel di bawah seliaan Yazid bin Muawwiyah. Allah lah sebaik-baik perancang, belum pun usai peperangan berlaku, Abu Ayyub dijemput menghadapNya dan salah satu wasiat beliau adalah untuk dikebumikan di sisi Kota Konstantinopel. Baginya, jika bukan dialah salah seorang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW yang bakal membuka kota ini, cukuplah kiranya dia dapat mendengar derap-derap tapak kaki kuda pemimpin, dan askar-askar terbaik yang berjaya memecahkan benteng konstantinopel tersebut. Subhanallah….
Eyyub, merupakan daerah yang diizinkanNya untuk kami jejaki. Perjalanan seawal 8.30 pagi dirasakan sangat berbalas sesampainya kami di sana. Penduduknya yang ramah, bersedia membantu melancarkan perjalanan kami daripada hotel, menaiki metro,dan bas. Kekangan bahasa tidak sedikitpun menjadi penyebab untuk penduduknya mengelak daripada membantu kami menunjukkan arah.
“diba,tempat yang paling menarik?”
“eyyub Mosque, sebab ornag kat sane practicing Islam…”
Dakapan kejap mak cik yang diterima oleh beberapa orang daripada kami berajaya mengundang satu perasaan halus dalam diriku dan aku kira setiap daripada kami tururt merasakannya. Terlayar diingatan wajah ibuku di Malaysia, mungkin juga kerana kerinduan, dakapan tersebut mengingatkanku (uhu….lambatnye lagi nak balik Malaysia, tiap kali berbicara mengenai perjalanan pulang ke tanah air, pasti semua menjadi teruja….^__^)Senyuman mesra, dan iringan doa daripadanya mengiringi kami meninggalkan masjid tersebut.
“lidah tidak perlu menuturkan, perkataan tidak perlu dilafazkan, cukup sekadar kejernihan, redup pandangan dan bahasa badan, bisa menyampaikan……betapa ilmu dan urusan hati ini punya kerahsiaan. Betapa lemah dan ceteknya ilmu pengetahuan dibandingkan dengan Tuhan yang MAHA MENCIPTAKAN”
Usai bergambar di sekitar masjid, kami memutuskan untuk member kelonggaran dan sedikit ruang waktu sehingga 2.30 petang sebelum bertolak pulang. Bebas untuk menyusuri sepanjang laluan yang dikiri dan kanannya terdapat deretan kedai-kedai pakaian dan makanan. Setelah perut diisi dengan kebab, masing-masing mula mengambil haluan sendiri.
Setelah pulang dari Eyyub, kami berkesempatan untuk ke Masjid Fateh. Di sa
na terdapat makam penakhluk Kota Konstantinopel, Sultan Muhammad al-Fateh yang telah berjaya menebus kekecewaan selama hampir 800 tahun umat Islam dalam cubaan menawan kota itu sekaligus membuktikan kebenaran hadis Rasulullah SAW. Al-Fatihah dan doa menjadi sedekah buat baginda. Mangkat pada usia 49 tahun di saat-saat perkembangan perluasan kuasa. Dahulunya, masjid ini menjadi pusat kegiatan harian seluruh penduduk di sekitarnya. Di situ terdapat pusat kegiatan ekonomi, pusat pendidikan dan juga pusat pentadbiran. Ianya menyerupai zaman Rasulullah SAW. Masjid menjadi tempat beribadah, berkumpulnya umat Islam dan di sekelilingnya hidup dengan aktiviti-aktiviti harian.
Jelajah bumi konstantinopel kami pada hari ini ditutup dengan aktiviti berjalan kaki beramai-ramai sehingga ke hotel memandangkan kami tersalah menaiki bas ^__^. Bas yang disangka akan membawa kami sehingga ke kawasan berhampiran hotel penginapan rupa-rupanya berhenti di separuh jalan. Syukur Alhamdulillah krana dengan berjalan kaki itulah Allah telah menemukan kami dengan Masjid Benyazid yang dicari-cari pada hari sebelumnya tetapi tidak jumpa. Kami bergambar lagi di sana. Memandangkan lokasi masjid tersebut yang terletak berhampiran dengan Grand Bazaar, kaki yang nampaknya tidak mengenal erti lenguh, letih dan kesakitan membawa kami ke sana lagi (hipotesis ini hanya boleh digunakan hanya apabila tiba bab membeli-belah dan terbukti kebenarannya pada wanita sahaja dan kepada golongan lelaki tertentu). Niat asalnya mahu bergambar di pintu masuk bazaar sebagai kenang-kenangan,tapi lain pula yang terjadi dan perkara ini sememangnya sudah dijangka ;), melayang juga duit tatkala terpandang barangan di kedai sekitarnya yang jauh lebih murah berbanding harga di dalam kawasan bazaar…..alahai perempuan, tiada istilah jemu walaupun sekadar window shopping.
Bersambung……………..

Menanti seseorang yang tertinggal~^__^
Meluru ke arah gerombolan burung merpati~

Di hadapan Masjid Eyyub
Kami tiba di Masjid Eyyub ketika masjid tersebut masih belum dibuka. Kelihatan beberapa orng pekerja sedang sibuk membersihkan perkarangan masjid. Di pintu masuk bertentangan, terdapat beberapa orang penduduk tempatan kukira, bergerak masuk ke perkaranagn masjid dan berhenti betul-betul di sebuah bangunan yang terletak hanya beberapa meter daripada pintu masuk ke tempat solat. Kami memerhatikan sahaja mereka daripada ekor mata. Mahu memandang terus dirasakan tidak sopan. Mereka menadahkan tangan dan berdoa. Rupa-rupanya, disitulah makam sahabat Rasulullah SAW yang telah dipindahkan atas arahan Sulatan Muhammad al-Fateh. Usai solat Dhuha, halaqah dibina.
Sedkit pengisian mengenai sejarah pembinaan masjid tersebut diberikan oleh Liyana.

Bersama kebab termurah..weeeeeeee~
“diba,tempat yang paling menarik?”
“eyyub Mosque, sebab ornag kat sane practicing Islam…”
Dakapan kejap mak cik yang diterima oleh beberapa orang daripada kami berajaya mengundang satu perasaan halus dalam diriku dan aku kira setiap daripada kami tururt merasakannya. Terlayar diingatan wajah ibuku di Malaysia, mungkin juga kerana kerinduan, dakapan tersebut mengingatkanku (uhu….lambatnye lagi nak balik Malaysia, tiap kali berbicara mengenai perjalanan pulang ke tanah air, pasti semua menjadi teruja….^__^)Senyuman mesra, dan iringan doa daripadanya mengiringi kami meninggalkan masjid tersebut.
“lidah tidak perlu menuturkan, perkataan tidak perlu dilafazkan, cukup sekadar kejernihan, redup pandangan dan bahasa badan, bisa menyampaikan……betapa ilmu dan urusan hati ini punya kerahsiaan. Betapa lemah dan ceteknya ilmu pengetahuan dibandingkan dengan Tuhan yang MAHA MENCIPTAKAN”
Masjid Fateh yang masih dalam pembaikan
Usai bergambar di sekitar masjid, kami memutuskan untuk member kelonggaran dan sedikit ruang waktu sehingga 2.30 petang sebelum bertolak pulang. Bebas untuk menyusuri sepanjang laluan yang dikiri dan kanannya terdapat deretan kedai-kedai pakaian dan makanan. Setelah perut diisi dengan kebab, masing-masing mula mengambil haluan sendiri.
Makam Sultan Muhammad al-Fateh
Setelah pulang dari Eyyub, kami berkesempatan untuk ke Masjid Fateh. Di sa
na terdapat makam penakhluk Kota Konstantinopel, Sultan Muhammad al-Fateh yang telah berjaya menebus kekecewaan selama hampir 800 tahun umat Islam dalam cubaan menawan kota itu sekaligus membuktikan kebenaran hadis Rasulullah SAW. Al-Fatihah dan doa menjadi sedekah buat baginda. Mangkat pada usia 49 tahun di saat-saat perkembangan perluasan kuasa. Dahulunya, masjid ini menjadi pusat kegiatan harian seluruh penduduk di sekitarnya. Di situ terdapat pusat kegiatan ekonomi, pusat pendidikan dan juga pusat pentadbiran. Ianya menyerupai zaman Rasulullah SAW. Masjid menjadi tempat beribadah, berkumpulnya umat Islam dan di sekelilingnya hidup dengan aktiviti-aktiviti harian.
Di hadapan Masjid Benyazid (ceria walaupun jauh berjalan~)
Jelajah bumi konstantinopel kami pada hari ini ditutup dengan aktiviti berjalan kaki beramai-ramai sehingga ke hotel memandangkan kami tersalah menaiki bas ^__^. Bas yang disangka akan membawa kami sehingga ke kawasan berhampiran hotel penginapan rupa-rupanya berhenti di separuh jalan. Syukur Alhamdulillah krana dengan berjalan kaki itulah Allah telah menemukan kami dengan Masjid Benyazid yang dicari-cari pada hari sebelumnya tetapi tidak jumpa. Kami bergambar lagi di sana. Memandangkan lokasi masjid tersebut yang terletak berhampiran dengan Grand Bazaar, kaki yang nampaknya tidak mengenal erti lenguh, letih dan kesakitan membawa kami ke sana lagi (hipotesis ini hanya boleh digunakan hanya apabila tiba bab membeli-belah dan terbukti kebenarannya pada wanita sahaja dan kepada golongan lelaki tertentu). Niat asalnya mahu bergambar di pintu masuk bazaar sebagai kenang-kenangan,tapi lain pula yang terjadi dan perkara ini sememangnya sudah dijangka ;), melayang juga duit tatkala terpandang barangan di kedai sekitarnya yang jauh lebih murah berbanding harga di dalam kawasan bazaar…..alahai perempuan, tiada istilah jemu walaupun sekadar window shopping.
Grand Bazaar
Bersambung……………..
Comments
Post a Comment