Menjadi AMNESIA

Aku hilang percaya
Pada kaum yang Allah kata
Pemegang kunci-kunci syurga
Buat wanita


Hilang Dan pupus kah
Mereka yang benar ikhlas
Atau aku, yang sudah rabun
Untuk menilai
Yang lidah bercabang
Atau si soleh yang penyayang

Kerana sayang
Bodoh Dan lurus
Kerana percaya
Kau Terima egonya
Kerana hormat
Kau sanggup berlembut

Sujud semakin lama
Air Mata terlalu murah
Jauhnya dengan kaum itu,
Membuat kau hampir dengan Dia
Terubat, sangka yang baik-baik aja

Jika tak bertemu Di dunia
Aku harap, Dia gantikan
Dengan yang lebih baik di sana
aku doa
Dan masih berdoa
Sehingga satu saat
Aku dapat melenyapkan
Namanya
Dalam rutin doa
Kerana aku pernah berdoa
Untuk menjadi amnesia

Comments

Popular posts from this blog

my diary..and not yours

Rindu

Diari 2