Aku perlukan masa

Bukan tak mengadu padaNya
Terkadang hati sesak
Kolam mata penuh
Mengalir perlahan
Basahi pipi

Kadang aku bersyukur
Ujian bermakna Dia masih pandang aku
Aku harap Dia masih terima
Seorang insan yang berdosa
Seperti aku

Bila hati kau serah
Bukan pada yang layak
Dicincang-cincang
Dipijak Dan dihempas

Perlahan-lahan kau kutitip
Sisa Dan serpihan
Kau cantum
Kau bawa bersama sujud
Dalam taubat Dan hajat

Kau mahu pergi
Bina hidup yang baru
Tapi masih ada tali
Yang mengikat hati
Dengan kenangan dulu

Kau buka simpulan tali
Penuh hati-hati
Agar kau dapat serahkan
Hati kini
Pada yang menunggumu
Setia, sabar
Menerima hati ini
Yang memang berjanji
Akan ubati semua kesakitan
Kembali Dengan penuh keredhaan

Ya Rabbi

Comments

Popular posts from this blog

my diary..and not yours

Rindu

Diari 2