Posts

Showing posts from February, 2019

Menjadi AMNESIA

Aku hilang percaya Pada kaum yang Allah kata Pemegang kunci-kunci syurga Buat wanita Hilang Dan pupus kah Mereka yang benar ikhlas Atau aku, yang sudah rabun Untuk menilai Yang lidah bercabang Atau si soleh yang penyayang Kerana sayang Bodoh Dan lurus Kerana percaya Kau Terima egonya Kerana hormat Kau sanggup berlembut Sujud semakin lama Air Mata terlalu murah Jauhnya dengan kaum itu, Membuat kau hampir dengan Dia Terubat, sangka yang baik-baik aja Jika tak bertemu Di dunia Aku harap, Dia gantikan Dengan yang lebih baik di sana aku doa Dan masih berdoa Sehingga satu saat Aku dapat melenyapkan Namanya Dalam rutin doa Kerana aku pernah berdoa Untuk menjadi amnesia

Aku perlukan masa

Bukan tak mengadu padaNya Terkadang hati sesak Kolam mata penuh Mengalir perlahan Basahi pipi Kadang aku bersyukur Ujian bermakna Dia masih pandang aku Aku harap Dia masih terima Seorang insan yang berdosa Seperti aku Bila hati kau serah Bukan pada yang layak Dicincang-cincang Dipijak Dan dihempas Perlahan-lahan kau kutitip Sisa Dan serpihan Kau cantum Kau bawa bersama sujud Dalam taubat Dan hajat Kau mahu pergi Bina hidup yang baru Tapi masih ada tali Yang mengikat hati Dengan kenangan dulu Kau buka simpulan tali Penuh hati-hati Agar kau dapat serahkan Hati kini Pada yang menunggumu Setia, sabar Menerima hati ini Yang memang berjanji Akan ubati semua kesakitan Kembali Dengan penuh keredhaan Ya Rabbi

Surat untuk Bell

Bell... Hampir 3 tahun kau pergi Tak sempat rupanya aku habiskan cerita tentang kau. December lepas, aku ada hubungi mak kau, Alhamdulillah dia sihat. Sepatutnya sekarang mak kau ada Di KL, teman kakak kau berpantang. Dia masih ingatkan kau, Bell. Dia masih cerita tentang kau, tapi jangan risau. Nada dia lebih redha Dan tenang. Banyak Sangat aku nak cerita dengan kau, Bell. Banyak Sangat yang terjadi sepanjang 3 tahun nie. Aku rindu nak bercurhat dengan kau. Aku menangis malam nie teringatkan kau. Doakan aku dapat jumpa kau kat syurga nanti. Kita sembang tepi sungai sambil gelak tawa ceria. Owh angannya aku. Huhu Moga Allah lapangkan kubur kau selapang-lapangnya. Moga Kita bertemu semula sahabat. 😭 ~Sya~

Kau bawa ku ke sini

Subhanallah... Alhamdulillah... Tulisan awak membawa saya semula ke sini. Cukup sebagai ingatan diri, doaku agar engkau dalam rahmat, lindungan Dan redhaNya. Jujur, aku rindu.... Sangat