AWAK, LAMANYA HOUSEMAN!!
Part 2.0
"Bell, jom movie hari nie...sya postcall. Ko off kan?" cadang aku.
Macam biasa, apabila berada diposting ED, postcall shift tue sudah dikira nikmat terindah.. Habis pukul 10 pagi selepas night shift dan keesokannya jika afternoon shift masuk pukul 10 pagi. Paling best bila tak perlu review patient pagi-pagi.hehe
"boleh jugak..breakfast dulu ok, kau drive"
"cess... Aku postcall kot. Okey-okey fine...aku drive" aku mengalah
........................................................
Bell. Antara kawan aku yang rapat sepanjang aku houseman. Ditakdirkan Allah juga untuk kami satu rumah. Sebelum dia pindah masuk rumah aku sekarang, dia duduk hostel, jadinya aku yang ada kereta nie antara driver tak rasmi dia juga.
Kalau kami keluar berdua, confirm dia akan jalan sambil pegang tangan aku. Aku nie, walaupun tak berapa nak feminin, tapi kalau orang perempuan pegang tangan aku camtu, meremang juga la bulu roma. Aku memamng dah warning awal-awal si Bell ni, pegang sikit-sikit je...kang silap haribulan memang andartu la aku sebab orang ingat aku nie lesbian pulak. Dia senyum jer.
..........................................................
"Sya...LFT aku derange la...." adu Bell ketika kami keluar makan 3 minggu lalu. Ya aku pasti sangat...kurang daripada 1 bulan lalu.
"Awat hang amek darah tetiba?" soal aku sambil tangan lincah menyuap nasi goreng kerabu favourite.
Bell masih tidak menjawap. Dikuis-kuisnya mee goreng di dalam pinggan lagak sepert ayam menguis pasir mencari makanan.
"Asyik on off demam la..."
Aku berhenti menyuap.
"erm....LFT deranged....ko ada amek apa-apa supplement ke?"
Soalan biasa diatanya pada pesakit juga. Berlambak-lambak minumanlah, makananlah dengan perlbagai jenama di pasaran. Macam-macam yang dijanjikan...kurus, putih, bertenaga, makin cantik...sebut sajalah apa yang pasaran mahu, pasti ada sahaja pilihan.
"erm..lama dah aku berhenti..ambil 1 bulan je kot...maybe sebab PCM kot...aku selalu ambil every night sebab x boleh tidur...panas" telahan Bell.
"ada google x?"
Tak sah kalau sebagai seorang doktor, pasti akan menyenaraikan differentail diagnose, tambahan pula untuk diri sendiri.
"ada.... Hepatitis, abscess, Ca...." sambung Bell
"makan pun sekarang aku tak lalu macam dulu la Sya...nak habiskan makanan..punyalah lama" adu Bell
Aku terdiam. Macam-macam juga lah yang aku fikirkan.
"nak try tanya MO medical tak?" aku memberi cadangan.
"tengokla dulu...."
...................................................................................................................
Sya..
Bell buat ultrasound hari nie
Investigate causes hepatomegaly
Pendek mesej Bell. Cukup memberi input kepada kami sebagai pengamal perubatan tuk mentelah keadaan.
Tok... Tok...tok..
Pintu Bell aku ketuk. Niat mahu memulangkan buku-buku yang dipinjam. Lama sangat tak naik ke biliknya tuk bergosip.
Pintu dibuka daripada dalam. Tegak Bell berdiri di hadapan pintu. Riak muka biasa...tapi boleh nampak tak ceria seperti biasa.
" nah buku ko...." sambil tangan menghulur buku-buku yang entah berapa kurun dah aku pinjam..
"so, macam mana ultrasound tadi?" intro aku
Bell diam. Sedikit pon tidak menjawab. Aku tenung muka dia..dalam..sedalam rahsia yang cuba disoroknya.
"abscess ke?" duga aku
Dia masih diam. Mata kami bertembung.
"Ca?"
Bell hulurkan sampul keputusan US. Aku buka dan amati satu persatu.
Ayat-ayat itu aku amati sehingga sampai pada...
Interpretation: suggestive for liver metastasis. Suggest to find primary source
Allah.... Allahu Allah
Beristighfar aku di dalam hati beberapa kali.
Aku pandang Bell. Tepat ke dalam matanya.
Setitik demi setitik air matanya mengalir....
Aku diam. Perlahan-lahan tangan aku mencapai bahunya. Dan kami berpelukan.
Punah dan hancur sekelip mata angan-angan. Mana tidaknya, dia lah satu-satunya teman gosip aku. Lebat bersembang tentang status yang masih bujang. Plan sana..plan sini..nak buat itu lah..nak buat ini lah...
Allah...
Liver metastasis Sya...
What do you aspect?
Its stage 4 already..
Allah....
Terasa kerdil saat ketika itu. Beratnya Allah ujianmu pada temanku.
We are planning..indeed YOU are the best planner
Comments
Post a Comment