tebal tak tebal~
bismillahirrahmanirrahim...
waaaaaaaaaaa...bersawang, spiderman, ultraman, keluangman pon sempat buat rumah naik dua tingkat lagi....aisehhh....
erm, tak pelah, kita buka lembaran baru tahun 2011 ni dengan cerita baru, penuh sensasi:P
nak dijadikan certa, dalam perjalanan ke bulatan gembira pagi tadi, memandangkan pergi seorang, jadi untuk tujuan keselamatan dan mudah untuk berlakon..ahaks:P, aku pon keluar siap dengan kelengkapan (ipod+headphone+kelengkapan bulatan gembira)
naiklah metro, erm, tempat ada yang kosong, tapi takpalah ambil keputusan untuk berdiri jelah..
buka beg, ambil quran, mula menghafal...bismillahirrahmanirrahim..
bukan tak perasan, minah yang duduk di kerusi sebelah ni, terteleng-teleng...alhamdulillah, siap siaga dengan alatan berlakon...buat-buat tak perasan:P
selang 2 stesen dari tempat aku berhenti untuk pertukaran metro, jeng..jeng..jeng...
baca yang dah siap ditranslatelah ye...maklumlah, dengar tak dengar jugak tadi..>_<
kelibat pakcik rusia sekitar 70-an beralih tempat daripada kerusi bertentangan dengan tempat aku berdiri kepada betul-betul sebelah tempat aku berdiri...
hiasan je ye:P
~anak muda...anak muda
buat-buat tak dengar (ala-ala dengar mp3 gitu..ahaks:P)
~anak muda...
aku buat-buat baru perasan tegurannya, sambil memberhentikan bacaan
~apa yang awak baca tue?
aku tidak menjawab pertanyaannya, sekadar menunujukkan quran
~quran? saya juga muslim...alhamdulillah, subhanallah..
aku tersenyum...alhamdulillah..(fuhhhhh, lega weih, ingatkan pakcik rusia mana la pulak yang nak membebel, baca apa tue..bawak bom ye? dari mana nie?..bla..bla..bla..)
~awak dari mana? syria? jordan?
~malaysia..
~subhanalallah..allah akhbar...
giliran aku pula yang terkedu, subhanallah, terharunya, saat melihat reaksi pakcik itu yang seumpamanya tidak menyangka ada orang yang bukan dilahirkan berlatarbelakangkan arab, di dunia yang jauh sekali menjulang Islam, di tengah khalayak yang prejudis akan penganut Islam, memegang dan membaca al-Quran..
malunya Allah sahaja yang tahu. Mana tidaknya, pertama-tamanya, aku sendiri prejudis akan reaksi pak cik itu pada mulanya yang sengaja mencipta keramahan, kedua, aku sendiri yang baru terkial-kial nak membuka quran memandangkan akan tasmiq bacaan dlm bulatan gembira, ketiga aku dapat rasakan keluhuran dan ketulusan hati pak cik itu sendiri dalam mengekspresikan reaksi kagumnya itu....Allah, kerdilnya aku =_='
perbualan kami berterusan beberapa minit selepas itu...terharu aku, pakcik tu sanggup berhenti di stesen yang aku nak berhenti semata-mata mahu bersoal jawab denganku...
teringat situasi kampung halaman...cewaaaaahhh>_<
bukan apa, apabila kita berada dalam lingkungan penganut Islam yang majoriti, kita tidak lagi merasakan Islam itu sebagai dagang mahupun asing, suasana berbalas salam, bertegur sapa hanya selayaknya buat mereka yang dikenali...
nah....aku dapat rasakan bertapa dagangnya Islam itu saat berada di bumi soviet, betapa minoritinya umat Islam (yang aku maksudkan, akhwatnya yang bertudung litup) boleh dibilang dengan tangan, begitu mesra menyapa salam, senyuman disedekah sejauh mata memandang, subhanallah indahnya Islam di negara orang...indah, tidak lokek kami berbalas salam....
subhanallah..
chow dulu...
allahualam>_<
keep up the good work fina. moga istiqamah
ReplyDeleteinsyaAllah..amin>_<
ReplyDelete