Umpama Garam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan besar kita Muhammad SAW, para sahabat, dan seisi keluarga baginda. Kasih sayang buat seisi isi dunia yang senantiasa bertasbih memuji keagunganNya.
Diceritakan dalam kitab Allah SWT dalam surah An Naml ayat 15-44 mengenai kekuasaan kerajaan nabi Allah Sulaiman AS dan kisah baginda bersama Balqis. Aku tertarik dengan ayat yang menceritakan betapa indahnya istana Sulaiman sehinggakan Balqis terpedaya dengan matanya sendiri.
Dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam istana." Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman: "Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca." Berkatalah Balqis: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam." (27:44)
Seketika aku teringat akan sebuah kisah yang aku baca pada zaman kanak-kanak dahulu. Kisah ini menceritakan tentang sebuah kerajaan yang agak besar namun tidak lah segah kerajaan nabi Allah Sulaiman memandangkan tiada satu kisahpun yang dapat menandingi Kalamullah.
Kerajaan ini dikepalai oleh seorang raja yang sudah kematian permaisurinya dan kini dirinya hanya ditemani oleh 3 orang puterinya yang sedang meningkat dewasa. Suatu hari, usai menguruskan segala urusan pentadbiran, baginda duduk berehat di singgahsananya lalu memanggil ketiga-tiga orang puterinya. Lalu baginda mengajukan soalan kepada setiap ankanda-anakandanya.
“Wahai puteri-puteriku, sejauh manakah kasih sayang anakanda semua kepada ayahanda?”soal raja tersebut.
Puterinya yang sulung menjawab,”Wahai ayahandaku, kasih sayangku terhadapmu amatlah besar, sebesar istana yang kita duduki malah lebih besar dari segala istana-istana yang wujud ketika ini” Baginda begitu gembira dengan jawapan puteri sulungnya itu lalu menghadiahkan kepadanya sebuah istana yang hampir sama besar dengan istana yang diduduki oleh mereka ketika ini.
Puteri tengah juga tidak mahu kalah dengan kekandanya.”Wahai ayahandaku, kasih sayangku kepadamu umpama himpunan seluruh emas dan permata ketika ini. Jika dikumpulkan segala-galanya di suatu tempat dan membentuk bukit yang tinggi, kasih sayangku ibarat setinggi dan semahal harta-harta itu” baginda juga merasa bangga dengan jawapan anakananda keduanya itu lantas mengarahkan segala harta kerajaan dianugerahkan kepadanya puterinya itu.
Soalan yang sama turut diajukan kepada puteri bongsunya. Perkara pertama yang dilakukan oleh puterinya yang satu ini adalah tersenyum. Raja itu pula sudah memikirkan ibarat apakah pula kasih sayang anakandanya itu terhadapnya.
Jawab puteri bongsu” Wahai ayahandaku, betapa aku menyayangimu. Lebih hebat dari istana-istana indah an harta-harta yang wujud di dunia ini”
Raja tersebut begitu teruja untuk mendengar jawapan anakandanya itu. Puteri itu menyambung ” kasih sayang anakanda kepada ayahanda ibarat garam yang sekadarnya”
Raja itu begitu terkejut dan mengulangi kembali apa yang didengarinya sebentar tadi “umpama garam kasih sayang anakanda kepada ayahanda?”
“Ya ayahanda, kasih sayang anakanda ibarat garam” ujar puteri bongsu berani. Raja begitu murka dengan jawapan puteri bongsu itu, kekanda-kekanda nya yang sulung dan tengah terdiam tidak mampu membela adinda mereka melihatkan kemurkaan raja tersebut. Pantas digesa pengawal istana menghalau puteri bongsunya itu ke tengah hutan rimba. Hiduplah puteri bongsu itu di tengah-tengah hutan belantara itu saban waktu. Tiada kunjungan mahupun pujukan yang datang daripada istana melainkan sebuah pondok buruk dibina dan hanya keperluan-keperluan asas sahaja dikirimkan kepadanya saban hari. Raja teersebut begitu ego dan menyangka dengan berbuat begitu anakandanya itu akan menukar jawapan yang pernah diberinya suatu ketika dahulu. Tinggallah dia di situ keseorangan tuk suatu jangka waktu. Suatu hari, oleh kerana tidak mampu lagi menanggung rindu yang maha berat, raja tersebut melupakan egonya sndiri dan datang berjumpa dengan puteri tersebut.
Raja tersebut masih tidak berputus asa dan tetap mengajukan soalan yang sama dan seperti biasa jawapan yang sama juga meniti bibir puteri itu, raja begitu kecewa dan ingin segera pulang ke istana namun dihalang oleh puteri bongsu dengan alasan bahawa raja perlu makan terlebih dahulu sebelum beredar. Raja akur dengan permintaan itu memandangkan kasih sayangnya kepada puteri bongsu itu. Usai menghidangkan makanan, puteri itu mempelawa raja tersebut untuk bersantap.
Raja itupun mula menyuap, satu suap…phuihhhhhhhhh..
“Anakanda, apa anakanda nak mempermain-mainkan ayahanda? Makanan apaka ini? Belum tentu haiwan juga akan makan makanan ini” tinggi suara raja tersebut melafazkan ayat-ayat tersebut. Puteri itu tidak segera membalas, malah tersenyum terlebih dahulu.
“Ayahanda maafkan anakanda, seperti itulah kasih sayang anakanda kepada ayahanda. Sebagaimana pentingnya garam itu untuk melengkap dan menyedapkan makanan, begitulah pntingnya ayahanda dalam hidup anakanda, tidak lengkap rasanya hidup anakanda tanpa kasih sayang ayahanda. Cukuplah kehilangan bonda, anakanda begitu sayangkan ayahanda. “ tutur puteri bongsu sambil memandang ke bawah,tidak mahu ayahandanya melihat tubir mata yang sudah mula digenangi air mata.
Pantas puteri bongsu itu dipeluk dan dicium oleh raja;)
Sahabat-sahabat, dalam dunia ini tidak semua benda boleh kita samakan nilainya dengan harta benda yang menjadi kebanggaan-kebanggaan manusia kini. Jujurlah dalam melafazkan kata-kata, tidak perlu untuk berkias melampau-lampau dalam melafazkan sayang. Sempena hari ibu ini, lafazkan dengan penuh kasih sayang, penghargaan dan iringan doa buat ibu yang telah banyak berkorban untuk diri kita. Jika dulu ibu kita begitu banyak berkorban masa untuk menjaga kita, saban hari tidak mengira malam mahupun siang, tidak membenarkan walau seekor nyamuk pun hinggap di tubuh kita, memujuk tatkala kita menangis, menenagkan saat kita terasa diri begitu jatuh, memeluk ketika kita ketakutan, turut sakit tatkala melihat kita jatuh sakit, bimbang disaat kita lama tidak mengutus berita, mengalah ketika kita begitu mahukan makanan di tangannya, masih mampu tersenyum saat kita melukakannya, memafkan walaupun tidak kita pinta malah mendoakan pula kebahagiaan kita.
Nota kaki: buat mak yang InsyaAllah kalau baca, selamat hari ibu, ebi sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan mak. Mak mesti senantiasa tabah dan kuat ye….nak sangat setabah dan sekuat mak. Maafkan segala dosa-dosa samada ebi sedar atau pun tidak yang telah mengguriskan hati…..doakan kejayaan dan kesejahteraan ebi di sini. Sayang MAK;)

chewah!!!mantap sih!!!^__~
ReplyDeletehuhu~ poyo je kan...
ReplyDeleteanyway thanks yana;)