First Kiss...takkanlah!! Ada kaitan ke?
Dengan nama Allah, pemilik segala kekuasaan baik yang di langit, bumi dan segala yang di antaranya. Selawat dan salam buat Muhammmad SAW, kekasihNya....
Alhamdulillah, hari ini satu lagi ujian dunia yang tidaklah seberat manapun jika ingin dibandingkan dengan ujian-ujian yang dilami oleh para pejuang Islam terdahulu telah selamat aku tempuhi.
First Kiss?....apa punye tajuk daaa......
erm...kaitannya macam nie...
beberapa minggu yang lalu, aku telah memperuntukkan @ membuang @ menggunakan sedikit masaku untuk menonton sebuah drama jepun yang bertajuk First Kiss. untuk dipendekkan cerita, tiada adegan 18 ke atas la, yang menariknya, kisah ini lebih menonjolkan pengorbanan seorang abang kepada seorang adik yang sekian lama menderita penyakit jantng. blah..blah..blah...makin dipadatkan ceita, pernah suatu ketika di waktu sang abang mengambil peluang utk menggembirakan si adik dengan membawanya ke sebuah pesta tanglung, tidak tahu mana silapnya, si adik menangis tidak berhenti-henti dalam kesibukan orang ramai itu. Sang abang yang masih setahun jagung itu kekagetan melihatkan adik kesayangannya itu menangis teresak-esak. Mahu dipujuk tidak tahu, mahu dibelanja ais krim, tidak berwang.....
Dalam kebuntuan itu, sang abang telah mencium si adik, apa lagi bertambah kuatlah si adik itu menangis...("kureng punye abang...habis first kiss aku.."mungkin itulah si adik marahkan..) (^_^")
......................................................................................................
jeng...jeng...jeng...
jadi, apa kaitannya?
pernah sedih? erm...aku? selalu, sedih bertempat dan kekadang sedih tidak beretempat...
kamu? perna sedih? sedih yang bagaimana? kenapa sedih? waktu sedih selalu buat apa?
entry kali ini lebih ingin aku timbulkan persoalan bgaaimana tindakan kita dalam menghadapi saat-saat ujian dari ALlah...
ada orng saat sedih lebih senang memendam sendiri,
ada orang mencari-cari tempat untuk diluahkan, kalau kawan dengar pun dah kira okla...
tidak kurang juga yang mengeluarkan kata-kata mailto:!@#$%^&*.. hati mereka barang kali puas......kamu, jangan buat macam orang nie ye....kalau aku tahu, aku sedih dengan kamu...:(
ada juga yang menjadikan saluran-saluran tertentu untuk diluahkan...(diari, blog barangkali ^__^)
kamu? kamu buat apa ye saat-saat sedih?
aku? kalau kamu sensitif, ada aku coretkan dalam cacatan ini.
kamu....
pernahkah tak kamu dengar.....
Allah ada berfirman....
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan(9:16)"
kamu.....
kamu faham tak ayat kat atas tue?
kalau kamu nak tahu, dulu-dulu, aku tak pernah tahupun Allah dah siap-siap sediakan sebab atas segala tiap-tiap satu yang Dia lakukan pada kita semua...
erm, dulu aku tak mengkaji Quran tue, sekadar baca, khatam, baca, khatam dan 'circle of stupidity' nie berulang lagi.....kamu mesti ingatkan, kita sama-sama pergi ke surau mengaji dengan Pak Latif. Ada satu hari tue, kamu kata kamu tak mahu pergi mengaji lah haritu,tapi kamu suruh kalau mak tanya, kata kamu dengan kita pergi, kalau kamu nak tahu, tak tahulah kenapa, mungkin aku nie tak cukup pro kot, mak memang tahu kamu tak pergi...hehhe
luculah bila diingat-ingatkan balik.....mak memang ada deria keenamlah apabila tiba bab anak-anak nie...
haa...kamu yang sedang baca nie pulak, jangan tiru pulak adegan menipu nie ye;)
kamu,
aku taknak kamu jadi macam aku dulu......'
kamu......
ingat tak, waktu kita kecil-kecil dulu, waktu aku sedih, aku mengadu pada kamu...aku tunggu kamu pujuk dengan muka berkerut dan mulut mencerut ke depan (boleh gantung hanger la jugak ^__^) kamu akan pujuk aku.....gula-gula, keropok, asam, pe lagi ye hadiah kamu waktu tue? erm...dah lupa lah kamu....jangan marah ye...:P
bukan kamu tak kenal aku, aku kalau merajuk, menangis, fuish.....lama betul, tambah-tambah kalau merajuk dengan mak, tunggu sampai mak pujuk....hehehe...mengada betul aku dulu...
kamu,
aku harap sangat kamu faham, kenapa aku hantar kalimah-kalimah ajaib daripada kitab pemisah tue, aku nak pujuk kamu...nak pujuk kamu guna gula-gula, keropok, semua tu dah tak sesuai untuk kita......nak telefon, jauh, mahallah...hehhe alasan-alasan..
itulah sebabnya mengapa aku pilih cara tue nak pujuk kamu......aku bukan nak berlagak pandai ataupun alim....aku nak kamjuga merasa betapa manisnya apabila kita dapat merasa nikmat bila memahami Quran.....kalau kamu baca Quran tue dengan maksudnya, insyaAllah pada satu masa kamu akan terkesan, memang ayat-ayat tue banyak yang memujuk, terkena pada batang hidung sendiri tepat pulak tue...
kamu mesti ingat ayat nie kan...aku pernah hantar pada kamu ayat nie,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." "(2:286)
kamu,
tiada siapa pun yang sukakan kesedihan.....perasaan sedih itukan umpama sakit, yang menanggungnya apatah lagi..tapi, kalau kamu nak tahu bukan semua orang mempunyai perasaan normal tidak sukakan kesedihan nie,
ada satu golongan yang mana apabila ditimpa kesedihan dia tidak berduka cita, sebab mereka yakin, yakin denganNya....
" (Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seseorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan, supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput dari pada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(3:153)
tengok tue, Allah pujuk kita....pujuk mereka yang baca ayat nie.....banyak lagi kata-kata pujukan Allah, Allah pujuk kita dengan nikmat yang paling istimewa, tak mainlah Allah nak pujuk kita setakat gula-gula, keropok, macam kita dulu....;)
oh...kamu nak tahu ye apa yang Allah dah janjikan pada kita?
nak tahu sangat?
betul?
sungguh?
seronok dengar kamu cakap macam tue...
kalau nak tahu....
bacalah sendiri kitab pemisah tue:P
nota kaki: aku sayang kamu......
Comments
Post a Comment