Pastikan anda memakai tali pinggang keledar

Aku berlindung daripada sebarang gangguan makhluk-makhlukMu Ya Allah, sama ada yang zahir mahupun tersembunyi

Hari ini Sabtu....ada kelas Biochemistry di Stesen Metro Barrikdnaya
Seperti minggu-minggu terdahulu, kedatangan hari Sabtu dinantikan dengan penuh debaran, (mcq komputernya sahaja mampu membuatkan ada hamba-hamba Allah yang tidak tidur malam, apatah lagi jika topik pada minggu ini dimeriahkan lagi pula dengan 'writting test and oral'....huhuhu` alangkah lengkap Biochemistry kurasakan^__^) harapan,(almaklumlahkan, kami yang berada dalam 'group 12' ni pertama kali cuti pendek tiap-tiap minggu, itu yang mendamba ketibaan hari Ahad=P) dan macam-macam lagi lah....

Nak dicepatkan cerita, (dalam formasi mengantuk kutulis ni...huhu~)
pagi tadi, seperti biasa, aku bertolak ke kelas selepas menyudahkan ulangkaji mcq......
tung...tang...tung....tang..(bunyi metro berlari kencang di atas landasan melewati stesen-stesen metro di laluan merah dan ungu)

Stesen Barrikadnaya.....laluan ini juga menemukan anda dengan laluan coklat. Pastikan para penumpang tidak meninggalkan barang-barang anda di dalam gerabak kerana dikhuatiri tidak dapat diketemukan lagi. Kepada para penumpang yang baru memasuki metro ini, jangan lupa membaca doa menaiki kenderaan. Terima kasih kerana memilih perkhidmatan metro ini

disebabkan aku sudah hampir 2 minggu tidak bertemankan jam tangan kerana 'aksi-aksi heroin' yang aku dan Farah Adibah lakukan, aku menjadi begitu malas untuk membelek 'handset'ku untuk melihat waktu ketika itu...
kubiarkan langkah kakiku 'normal' (kalau laju, alamak berlari pecutlah pejalan-pejalan kaki di Malaysia nak mengekor;))
setibanya di selekoh (bucu bangunan setepatnya, kerana kami hanya berjalan melewati bangunan-bangunan tuk ke kelas, dan kami tidak memandu....=P) aku 'disedarkan' dengan satu kemalangan jalan raya yang aku kira boleh dikategorikan sebagai NGERI....
owh...kus semangat, (untuk maklumat lanjut, sila tonton berita atau dapatkan berita ini daripada berita bergerak di sekitar anda....)
Ya Allah, peringatanMu itu datang dalam bermacam bentuk, keadaan, masa dan cara, baru semalam aku di'tegur' dan hari ini Engkau menyapa Aku lagi Ya Allah

'Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya'(Qaaf:19)

ingin mengetahui mengenai kisah kuditegur semalam?

nantikan~
insyaAllah^__^

wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

Rindu

my diary..and not yours

Aku perlukan masa