Posts

Showing posts from August, 2023

Rindu

 Petah berkata-kata, lancarnya mata pena Arghh, rindunya untuk kembali berkarya Biar jadi satu diari kisah, kerana pabila lampiran pertama dibuka, aku menjadi kagum dengan diri sendiri. Oh, petahnya, mahirnya aku mengguna kosa kata. Lewat memori kembali berputar, mencari kembali detik ketika aku berkarya. Kerana setiap hantaran, terkandung memori yang benar-benar terkesan. Biar tak kenal rupa, biar nama tak dijulang, tapi mesti beri kesan. Agar setiap huruf yang yang ditaip, jadi asbab limpahan pahala...buat bekal hari kemudian