Jangan KITA leka~jzkkk Nisa~

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam khas buat Rasulullah tercinta, para sahabat baginda dan seisi keluarga. Kesejahteraan dan ketenangan buat para syuhada, muslimin muslimat dan seluruh makhluk-makhluk ciptaanNya yang senantiasa bertasbih memuji kebesaran Tuhan sekalian alam.
Afwan, terlalu lama meninggalkan teratak maya ini, tidak dinafikan sememangnya berhabuk, bersawang, tapi Alhamdulillah teratak ini masih mampu berdiri walaupun tidak segah teratak-teratak lain. InsyaAllah terbinanya teratak ini tidak lain hanyalah bertujuan untuk bersama-sama berkongsi dalam memberi ruang untuk sesiapa yang sudi singgah;)
Kali ini sekadar ingin berkongsi coretan sahabatku Nisa. Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan manfaat dari coretan ini insyaAllah=)

Janganlah kita leka

Kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini sudah tentu tidak terlepas dari melakukan silap dan salah. Namun, bekalan iman dan taqwalah yang mampu membantu memandu perjalanan hidup bagi seorang hamba di dunia ini demi mencari kebahagian hakiki di akhirat nanti. Sesungguhnya Allah menciptakan manusia itu sama, diciptakan dengan sebaik-baik kejadian di bumi ini, dikurniakan nikmat akal yang dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara. Inilah antara nikmat Allah yang paling agung yang diberikan Allah kepada makhluknya bernama manusia. Sungguh sempurna sekali penciptaan manusia , yang ditugaskan kepada setiap di antara kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

‘Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik- baik kejadian’(Surah al-Tin:4)

Allah Maha Adil kepada setiap hamba- hambanya, dikurniakan pelbagai nikmat rezeki, kasih sayang, kesihatan yang sama bagi setiap antara kita. Namun, adakah kita bersyukur?
Sesungguhnya, amalan manusia itu berbeza, ada yang lalai dengan angan-angan tetapi masih ada juga yang tekun berusaha mencari keredhaan dan keber katan dariNya. Oleh itu, nasib semua antara kita adalah sama sekali berlainan, kerana sesungguhnya Allah itu Maha Adil sifat-Nya. Mereka yang lalai dibalas kegagalan, kerajinan dibalas kejayaan dan pahala. Jadi, kita sememangnya telah diberikan peluang untuk memilih jalan yang manakah yang kita inginkan.
Manusia itu umpama musafir yang sedang dalam perjalanan jauh, berhenti seketika dia di sepohon pokok yang rendang ,iaitu dunia lalu ia menjadi lalai dan leka tatkala dia berehat disitu, seronok dan ghairah sehingga dia melupakan tujuan asalnya, iaitu perjalanan menuju ke akhirat yg kekal abadi.
Namun mengapa manusia semakin lalai dalam kehidupannya, mengejar harta dan kekayaan, menikmati keseronokan yang fana, sehinggakan lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba Allah. Hidup untuk patuh dan mengabdikan diri kepada yang Maha Esa. Kita perlu ingat bahawa hidup di dunia ini akan ditanya kelak, adakah dimanfaatkan dan diisi dengan sebaiknya atau dipenuhi dengan keseronokan semata-mata? Adakah kita ingin hidup terhina? Tanpa bekalan ilmu, iman dan taqwa sebagai bekalan kita di akhirat sana. Mahukah kita digolongkan dengan mereka yang rendah darjatnya disana? Dalam surah al-Mujadilah ayat 11, Allah berfirman ‘Allah akan mengangkat (darjat) orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat’.
Oleh itu, bajai lah hati- hati kita ini dengan iman dan taqwa kepada Allah swt agar ia dapat membimbing perlayaran hidup kita di muka bumi ini. Ia sama seperti sebiji cawan yang kosong, jika ia tidak diisi dengan air maka molekul-molekul udara akan memenuhinya. Begitu juga dengan manusia, diri kita ini sentiasa memerlukan pengisian dengan ilmu-ilmu agama dan peringatan kerana jika tidak diisikan dengan iman, maka akan masuklah syaitan bermaharajalela. Jika diri ini sentiasa di sirami dengan iman dan taqwa sesungguhnya hidup kita ini akan sentiasa dekat dengan-Nya dan hati juga akan merasa aman bahagia.
‘Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa.’(Al-Hujurat:13)

Matlamat hidup kita sebagai seorang hamba di muka bumi ini perlulah jelas. Hidup, demi mencari keredhaan dan keberkatan dari Allah yang Maha Pencipta yang sudah pun menjanjikan kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat sana.
‘Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.’(Al-Baqarah:201)

Dengan itu, ilmu perlu dijadikan sebagai bekalan semasa di dunia. Pepatah ada mengatakan, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Allah juga ada berfirman:
‘Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.’ (Al-Alaq 1-2)
Jadikan Al-Quran dan sunnah yang di tinggalkan Rasulullah saw sebagai panduan dan rujukan dalam kehidupan. Sesungguhnya ketinggian seseorang itu adalah kerana imannya.
‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.’(Ali-Imran:139)
Sesungguhnya Allah memandang tinggi kepada orang- orang yang berilmu. Maka dengan bekalan ilmu itu perlulah pula disusuli dengan usaha dan amalan- amalan yang baik. Usaha yang istiqamah serta tidak jemu dalam melakukan kebaikan.
‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).’ (At-Taubah:59)

Oleh itu, sedarlah wahai insan dari lena dan khayalan mu yang panjang yang semestinya tidak pernah berkesudahan. Jangan biarkan masa kita berlalu dengan sia-sia dan jangan biarkan diri kita ini terus lalai dan leka untuk selamanya. Kita perlu bangun dan bangkit semula dan terus berjuang tanpa mengenal penat dan jemu dalam mengenal agama ini. Biarlah hidup kita derita dengan usaha, kelak kita jua akan dimuliakan jika tidak didunia nun di syurga sana..Insyaallah

Comments

  1. salam..
    ye..kene sebokkn diri ng apa2 pkrjaan yg mmbawa kite ke arah matlamat sbnr kite..
    cuti je jgn kite leka..
    isi la mknn hati jika kite rse down sgt ktika mlakukn pkrjaan kite..
    insyaAllah..dgn usaha,doa dan tawakal pasti kite bjye mnjd lbh baik dan lbh baik..amin..
    ^_^

    ReplyDelete
  2. ye insyaAllah...
    ujian kan dalam banyak bentuk, kesenanagan pon suatu ujian^__^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

my diary..and not yours

Rindu

Diari 2