AWAK, LAMANYA HOUSEMAN!!
Part 2.0 "Bell, jom movie hari nie...sya postcall. Ko off kan?" cadang aku. Macam biasa, apabila berada diposting ED, postcall shift tue sudah dikira nikmat terindah.. Habis pukul 10 pagi selepas night shift dan keesokannya jika afternoon shift masuk pukul 10 pagi. Paling best bila tak perlu review patient pagi-pagi.hehe "boleh jugak..breakfast dulu ok, kau drive" "cess... Aku postcall kot. Okey-okey fine...aku drive" aku mengalah ........................................................ Bell. Antara kawan aku yang rapat sepanjang aku houseman. Ditakdirkan Allah juga untuk kami satu rumah. Sebelum dia pindah masuk rumah aku sekarang, dia duduk hostel, jadinya aku yang ada kereta nie antara driver tak rasmi dia juga. Kalau kami keluar berdua, confirm dia akan jalan sambil pegang tangan aku. Aku nie, walaupun tak berapa nak feminin , tapi kalau orang perempuan pegang tangan aku camtu, meremang juga la bulu roma.