Posts

Showing posts from 2009

maaf kerana menilai dan menghukum~

FUHHHHHH.....FUHHHHHH.....waduh-waduh, penat sungguh membersihkan segala sawang..... tiup sini, terbang ke sana, tiup sana terbang ke sini.... minta tolong pada tuan-tuan yang mengaku ada vacuum @ Penyedut hampa gas?huish, bahasa melayuku.....waaaaaaaaaaaa;( tumpang lalu, tumpang lalu......maaf aktiviti pembersihan sedang rancak berjalan............ ...................................................................................................... slurpppp..............alhamdulillah, bila pekena air soya (air tangan budak-budak bilik sebelah....heheh) hilang dahaga dan penat menyapu sawang nie....( sian adik-adikku yang tak dapat merasa air soya nie..huhu..tak da rezeki nampaknye;) ehem..ehem.....kredit untuk thirah yang telah memberi anspirasi tuk menulis kembali..hehehe..jzkk dear...muahhhhh^__^ entah kenapa, di mana dan bagaimana, elok sedang menyalin nota internal disease yang insyaAllah akan habis minggu depan..hehehe moga dipermudahkan^__^, sengajalah membuka bukumuka, tertar

Diari 2

Alhamdulillah gembira sangat kerana hari ini aku berkesempatan untuk keluar bersama-sama dengan bekas rakan-rakan sekolahku. Nak katakan reunion, tak juga sebab hanya kami bertiga yang berkumpul. Rindu dan teruja tak perlu digambarkan lagi, setahun lamanya kami tidak bersama-sama sejak pertemuan terakhir kami. Aku menaiki bas untuk ke pekan. Secara kebetulan, bas yang aku naiki pada hari ini sama seperti hari semalam. Erm, patutlah, waktu aku keluar hari ini hampir sama. Teringat aku akan peristiwa semalam, pemandu dan kondukter bas tersebut merupakan india , seperti bas-bas lain, bas tersebut akan berhenti untuk menurun atau mengambil penumpang. Aku kira hampir tiga perempat perjalanan, bas tersebut berhenti untuk mengambil penumpang. Aku yang sememangnya lebih gemar untuk duduk di tempat duduk hadapan dapat melihat dan mendengar setiap apa yang kedua-dua mereka bualkan, cuma aku tak faham sahaja apa yang mereka bualkan ^__^. Baru aku sedar, hentian kali ini lebih lama daripada bia

my diary..and not yours

Diari 1 “siapa tue? Adik?” Tanya mak cik di sebelahku “a’ah, adik” aku mengiakan. Suasana di ruangan menunggu itu benar-benar menyesakkan fikiranku. Mahu sahaja aku bergegas keluar meninggalkan bangunan yang penuh dengan bau ubat-ubatan itu. Keb encianku terhadap suasana hospital benar-benar tidak melambangan statusku sebagai seorang pelajar perubatan. “argh..pedulikanlah….pencuci tandaspun tidak menyukai bau najis walaupun mereka telah bekerja untuk jangka waktu yang lama” aku bermonolog sendiri. Aku mengambil keputusan untuk melihat-lihat disekitar kawasan menunggu itu. Penat berjalan-jalan aku kembali ke tempat dudukku. “adik sakit apa?”ramah mak cik yang duduk di sebelahku bertanya. Terserlah keinginannya untuk mengajakku berbalas cakap semntalahan dia juga sedang menunggu anaknya. “dia tak berapa sihat sikit” aku menyumpah dalam diri, mengapalah aku boleh mengeluarkan jawapan yang sebodoh itu, masakan orang sihat mahu ke hospital dan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sekadar perkongsian:tiada idea^__^

6 perkara Allah sembunyikan Allah SWT sel esai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, danAllah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antaratimur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah ituJibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaaku?."Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud."Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yangbersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadakuseperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorangnabi yang mulia yang paling aku cintai,namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu mengerjakan so

Sekadar Tampalan

A story......... A boy was born to a couple after eleven years of marriage. They were a loving couple and the boy was the gem of their eyes. When the boy was around two years old, one morning the husband saw a medicine bottle open. He was late for office so he asked his wife to cap the bottle and keep it in the cupboard. His wife, preoccupied in the kitchen totally forgot the matter. The boy saw the bottle and playfully went to the bottle fascinated by its color and drank it all. It happened to be a poisonous medicine meant for adults in small dosages. When the child collapsed the mother hurried him to the hospital. He died. The mother was stunned. She was terrified how she was going to face her husband. When the distraught father came to the hospital and saw the dead child, he looked at his wife and uttered just five words. QUESTIONS : 1. What were the five words ? 2. What is the implication of this story?Scroll down to read.... ANSWER :The husband just said "I am with you Darlin

Nyet...nyet...nyet~

nyet...nyet...nyet... NYET....NYET...NYET.. frekuensi berubah-ubah Aku mulakan dengan lafaz mulia, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, selawat dan salam khas buat insan tercinta, kekasihNya Muhammad SAW, kesejahteraan dan perlindungan Allah kupohon buat saudara-saudara seakidah. kamu, hari ini alhamdulillah usai sudah semua zachot bagi semester ini, penantian untuk peperiksaaan akhir pula menjadi fokus utama selari dengan kerja-kerja dakwah insyaAllah.. kamu, aku takut, ops...tak sesuai rasanya perkataan nie, aku berdebar sebenarnya menghitung hari peperiksaan nie. Bimbang sangat sebabnya musim-musim begini lah Allah akan menguji kita, yang mana satu akan kita dahulukan, buku? topik yang masih semuka untuk dihabiskan? atau seruan Pencipta dan peringatanNya yang menjadi pilihan.... Ya Allah.....lemahnya rasa diri ini.... itu kalau disentuh mengenai hubungan dengan Allah .. hubungan dengan manusia pula bagaimana? waktu beginilah, kita selalu sangat ambil ringan

First Kiss...takkanlah!! Ada kaitan ke?

Dengan nama Allah, pemilik segala kekuasaan baik yang di langit, bumi dan segala yang di antaranya. Selawat dan salam buat Muhammmad SAW, kekasihNya.... Alhamdulillah, hari ini satu lagi ujian dunia yang tidaklah seberat manapun jika ingin dibandingkan dengan ujian-ujian yang dilami oleh para pejuang Islam terdahulu telah selamat aku tempuhi. First Kiss?....apa punye tajuk daaa...... erm...kaitannya macam nie... beberapa minggu yang lalu, aku telah memperuntukkan @ membuang @ menggunakan sedikit masaku untuk menonton sebuah drama jepun yang bertajuk First Kiss. untuk dipendekkan cerita, tiada adegan 18 ke atas la, yang menariknya, kisah ini lebih menonjolkan pengorbanan seorang abang kepada seorang adik yang sekian lama menderita penyakit jantng. blah..blah..blah...makin dipadatkan ceita, pernah suatu ketika di waktu sang abang mengambil peluang utk menggembirakan si adik dengan membawanya ke sebuah pesta tanglung, tidak tahu mana silapnya, si adik menangis tidak berhenti-henti dalam k

Umpama Garam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan besar kita Muhammad SAW, para sahabat, dan seisi keluarga baginda. Kasih sayang buat seisi isi dunia yang senantiasa bertasbih memuji keagunganNya. Diceritakan dalam kitab Allah SWT dalam surah An Naml ayat 15-44 mengenai kekuasaan kerajaan nabi Allah Sulaiman AS dan kisah baginda bersama Balqis. Aku tertarik dengan ayat yang menceritakan betapa indahnya istana Sulaiman sehinggakan Balqis terpedaya dengan matanya sendiri. Dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam istana." Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman: "Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca." Berkatalah Balqis: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam." (27:44) Seketika aku teringat akan sebuah kisah yang ak

Jangan KITA leka~jzkkk Nisa~

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam khas buat Rasulullah tercinta, para sahabat baginda dan seisi keluarga. Kesejahteraan dan ketenangan buat para syuhada, muslimin muslimat dan seluruh makhluk-makhluk ciptaanNya yang senantiasa bertasbih memuji kebesaran Tuhan sekalian alam. Afwan, terlalu lama meninggalkan teratak maya ini, tidak dinafikan sememangnya berhabuk, bersawang, tapi Alhamdulillah teratak ini masih mampu berdiri walaupun tidak segah teratak-teratak lain. InsyaAllah terbinanya teratak ini tidak lain hanyalah bertujuan untuk bersama-sama berkongsi dalam memberi ruang untuk sesiapa yang sudi singgah;) Kali ini sekadar ingin berkongsi coretan sahabatku Nisa. Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan manfaat dari coretan ini insyaAllah=) Janganlah kita leka Kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini sudah tentu tidak terlepas dari melakukan silap dan salah. Namun, bekalan iman dan taqwalah yang mampu membantu memandu perj

Pastikan anda memakai tali pinggang keledar

Aku berlindung daripada sebarang gangguan makhluk-makhlukMu Ya Allah, sama ada yang zahir mahupun tersembunyi Hari ini Sabtu....ada kelas Biochemistry di Stesen Metro Barrikdnaya Seperti minggu-minggu terdahulu, kedatangan hari Sabtu dinantikan dengan penuh debaran, (mcq komputernya sahaja mampu membuatkan ada hamba-hamba Allah yang tidak tidur malam, apatah lagi jika topik pada minggu ini dimeriahkan lagi pula dengan 'writting test and oral'....huhuhu` alangkah lengkap Biochemistry kurasakan^__^) harapan,(almaklumlahkan, kami yang berada dalam 'group 12' ni pertama kali cuti pendek tiap-tiap minggu, itu yang mendamba ketibaan hari Ahad=P) dan macam-macam lagi lah.... Nak dicepatkan cerita, (dalam formasi mengantuk kutulis ni...huhu~) pagi tadi, seperti biasa, aku bertolak ke kelas selepas menyudahkan ulangkaji mcq...... tung...tang...tung....tang..(bunyi metro berlari kencang di atas landasan melewati stesen-stesen metro di laluan merah dan ungu) Stesen Barrikadnaya...

Yang hijau hijau dan pahit

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Selawat dan salam buat junjungan besar kita Rasulullah SAW, keluarga, serta sahabat-sahabat baginda Teristimewa saudara-saudara sefikrah yang sama-sama berjuang mencapai keredhaanNYA 4 hari aku ber'bulan madu'.....tidur, tidur, tidur dan tidur =) rehat, rehat, rehat dan rehat tapi bulan maduku tidak seindah impian pasangan-pasangan yang baru berumahtangga, tidak juga menakutkan seperti bulan madu pasangan Full House tue.. erm...aku kena betulkan penggunaan perkataan ni, mungkin lebih sesuai jika aku guna perkataaan ber'hibernasi'...atau ber'kelubung'? baiklah, aku pilih ber'hibernasi' berbalik kepada tempoh berhibernasiku, sepanjang 4 hari ni, kalau diingat-ingatkan balik, memang tiada benda yang aku buat....owh..sedih..sedih=( tapi tak pe lah, Allah kan Maha Perancang yang TERbaik untuk hamba-hambaNYA=) erm, tiba-tiba teringat pada satu kata-kata nie... 'rezeki anda bukanlah apa yang ada di at

Aku Manusia Biasa

Segala puji-pujian hanya milik ALLAH pencipta sekalian makhluk, selawat dan salam khas buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, kesejahteraan buat para sahabat baginda, ahli keluarga baginda seterusnya saudara-saudara seIslamku...... Nafsu itu sifatnya besar, tidak pernah merasa cukup, mahupun puas, jarang sekali untuk bersyukur, mahukan kesenangan, kekayaan, kegembiraan, kekuasaan,belaian dan perhatian "Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. "(Yusuf:53) Aku manusia biasa, yang lemah, tidak akan dan tidak pernah mampu berdiri sendiri.... hidupku memerlukan ampuh, goyah... aku masih perlukan penggantungan... " Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu."(Al-Ikhlas:2) Aku manusia biasa, lemahnya aku bukan kerna kudratku.... lemahnya aku, kerna rapuhnya pendirianku..

Sahabat

Sahabat.... di jalan persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia kerana Dialah aku mengenalimu dan kerana Dia jugalah yang telah menetapkan aku dan kau mengukir 1001 kenangan bersama Sahabat.... aku tidak mahu sekadar menjadi seorang teman kepadamu teman yang hanya menemani dirimu di waktu-waktu tertentu aku mahu menjadi lebih dari itu izinkan aku..... Sahabat.... aku sayang padamu sayangku bukan kerana kepandaianmu bukan juga kerana hartamu apatah lagi rupa parasmu aku tidak mahu antara kau dan aku sebegitu.... jangan kau batasi hubungan ini jangan kau leraikan ikatan ini pecahkan tembok perbezaan kita bina jambatan persamaan Sahabat..... ya! aku menyayangi ahli keluargaku kerana mereka sedarah sedaging denganku namun melampaukah aku? menyayangimu sepertimana mereka? malah... lebih-lebih lagi... kerana kau dan aku bukan dilahirkan dari rahim yang sama... tetapi kerana kau dan aku dilahirkan ke dalam dunia

Hinanya AKU

Dan di antara manusia ada orang yang berkata: "Kami beriman kepada Allah", maka apabila ia disakiti (karena ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah besertamu." Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia? (An-Kabut:10) Ya Allah.... hinanya aku.... aku malu untuk menghadapMu Ya Allah... aku malu.... aku mengaku beriman kepadaMu aku mengaku beriman kepada tentera-tentera cahayaMu aku mengaku beriman kepada kalimah-kalimahMu aku mengaku beriman kepada utusan-utusanMu aku mengaku beriman kepada hari penghabisan aku mengaku beriman kepada ketentuanMu malah, aku mengaku ber'deen'kan kepada agama yang Engkau redhai ini Ya Allah... malunya aku Ya Allah.... aku memaksa diri.... hati ini bersabar dengan ujianMu mulutku mengungkapkan redha tapi........ pipiku basah Ya Allah aku menangisi ujian ini 'm